Thursday 7 June 2012

Perhimpunan Berdoa Aman Mengekalkan Tokong Buddha dan Tokong Dewa Xian Fa

Perhimpunan Berdoa Aman Mengekalkan Tokong Buddha dan Tokong Dewa Xian Fa



Perhimpunan Berdoa Aman ini dianjurkan oleh MCA Cawangan Bukit Jalil Resort, Persatuan Penganut-Penganut Dewa Xian Fa dan Persatuan Kebajikan dan Perkhidmatan Amitabha Kuala Lumpur dan Selangor pada 6 November 2011, ekoran daripada Notis Mengosongkan Tapak yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan bertarikh 6 Oktober 2011 untuk Projek MRT Jajaran Sg.Buloh – Kajang.
Tapak ini adalah diduduki oleh Tokong Dewa Xian Fa dan Tokong Buddha sejak 1976 dan 1998 masing-masing, tetapi notis ini dikeluarkan kepada individu-individu dan Pengerusi Dewan.
Tujuan Perhimpunan Berdoa Aman ini adalah untuk melakukan berdoa aman beramai-ramai untukmengekalkan Tokong Dewa Xian Fa dan Tokong Buddha dengan menyusun semula jajaran MRT. Di samping itu, ia juga digunakan untuk memberitahu pihak berkuasa bahawa kewujudan Tokong-tokong ini serta penduduk tempatan melakukan sembahyang di situ.
Perhimpunan ini dihadiri oleh lebih daripada 500 orang.Sidang Akhbar juga diadakan.Selanjutnya, satu kempen tandatangan juga diadakan untuk mengekalkan tokong-tokong ini dan berharap jajaran Projek MRT ini boleh disusun semula.Lebih daripada 5,000 orang menyokong kempen tandatangan ini.



Para penyokong dan penganut berkumpulan di Tokong Buddha

No comments:

Post a Comment