Wednesday 6 June 2012

Majlis Pelancaran Program Kembali Ke Sekolah

 Majlis Pelancaran Program Kembali Ke Sekolah


Satu Majlis Pelancaran Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Bandar Tun Razak dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak untuk pelajar-pelajar terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan di Parlimen Bandar Tun Razak.
Program ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu Program Gunting Rambut Serentak Secara Percuma yang diadakan pada 25 Dis 2011 dan Program Pemberian Beg Sekolah yang diadakan pada 26 dan 28 Disember 2011 masing-masing.
12 persatuan penduduk atau pertubuhan di Bandar Tun Razak memilih 60 pelajar untuk mendapat khidmat gunting rambut secara percuma. Jumlah pelajar-pelajar yang akan dimanfaatkan daripada program ini adalah 720 orang.
Bahagian kedua adalah program pemberian beg sekolah yang akan diadakan di tempat Dewan Serbaguna Flat Sri Pulau Pinang, Cheras dengan kerjasama Persatuan Kelab Peminat MGR Bandar Tun Razak, Kelab Penduduk-Penduduk India Bandar Tun Razak dan Kuil Sri Mariamman Flat Sri Pulau Pinang Cheras. Yayasan memberi 300 beg sekolah kepada pelajar-pelajar.
Sementara itu, sejumlah 400 beg sekolah diberikan kepada pelajar-pelajar di Ladang Bukit Jalil dan Kg. Muhibbah Fasa 2, Bukit Jalil pada 26 Dis 2011. Justeru itu, jumlah 700 beg sekolah diberikan oleh Yayasan.
Keseluruhannya, Program Kembali Ke Sekolah anjuran Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak akan memanfaatkan jumlah 1420 orang pelajar-pelajar di sekitar Bandar Tun Razak.

Encik Chew Yin Keen menyampaikan dana Program Gunting Rambut Secara Percuma

 kepada pengerusi persatuan penduduk.



Sesi gambar bersama-sama dengan penerima-penerima beg sekolah di Ladang Bukit Jalil.


Encik Chew Yin Keen menyampaikan beg sekolah kepada seorang pelajar di Kg Muhibbah

 Fasa 2, Bukit Jalil.

No comments:

Post a Comment