Tuesday 20 February 2018

2018年戊戌年新春大团拜 | Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018

盛情邀请您出席
由马华联邦直辖区及马华敦拉萨镇区会联合主办的2018年戊戌年新春大团拜订于本月25日(周日)(大年初十)在蕉赖金鱼村足球场盛大举办,入场免费,预料3000至5000人参与。
日期:2018年2月25日(周日)
时间:早上10时30分开始
地点:蕉赖金鱼村Sri Johor操场举行
VIP: 开幕主宾马华总会长拿督斯里廖中莱
马华联邦直辖区州联委会主席拿督斯里姚长禄
筹委会主席拿督丘应权律师
此团拜将免费派发3000本消费固本,每本价值10令吉,以派发给参与团拜的人民,在现场换取食物。
现场节目: 包括舞狮表演,幸运抽奖,舞蹈表演,变脸;演唱歌手有程慧雯、黄晓凤、李绮绮、朱劲旋及马来歌手依祖。"
欢迎大家踊跃出席,共襄盛举,一同欢庆华人农历新年。

Semua dialu-alukan untuk menghadiri
Majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina 2018 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan MCA dan MCA Bahagian Bandar Tun Razak pada 25 Februari 2018 (Ahad) di padang Taman Ikan Emas secara PERCUMA. Seramai 3000-5000 orang dijangka akan menghadiri majlis rumah terbuka ini.
Tarikh: 25 Februari 2018, Ahad
Masa: bermua pukul 10.30 pagi
Tempat: Padang Sri Johor, Taman Ikan Emas
VIP: Tetamu utama perasmian majlis:
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai,
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Wilayah Persekutuan Datuk Yew Teong Look, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk Chew Yin Keen
Sebanyak 3000 kupon yang bernilai RM10 secara percuma akan diedarkan kepada para pengunjung untuk menukar makanan di majlis rumah terbuka.
Acara-acara menarik yang disediakan termasuk: tarian singa, cabutan bertuah, persembahan menari, seni ubah wajah; artis-artis termasuk artis Izzue Islam, Wei Wei Cheng Hui Wen, Angeline Wong, KikiLee dan Jet Choo
Orang ramai amat dialu-alukan dan bersama-sama menyambut tahun baru Cina.

Tekan untuk maklumat lanjut: 


Tuesday 6 February 2018

Projek Pembangunan Semula Taman Ikan Emas

Projek Pembangunan Semula Taman Ikan Emas


12 Januari 2018 merupakan hari yang amat bermakna bagi penduduk-penduduk Taman Ikan Emas kerana projek pembangunan semula Taman Ikan Emas yang lama tertunggu bermula kerja-kerja pembinaan bagi Fasa 1B yang mempunyai 537 unit. Fasa 1C (1,192 unit) dan Fasa 1A (722 unit) akan bermula dalam masa lebih kurang 6 bulan.

Projek Pembangunan Semula Taman Ikan Emas dijangka mengambil masa 7-8 tahun yang melibatkan 5,689 unit. Fasa 1 dijangka memakan masa selama 3-4 tahun. Penduduk-penduduk Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Perumahan Awam Kluster,Taman Ikan Emas akan berpindah ke Fasa 1 selepas ia siap dibina.

Pangsapuri baru adalah bersaiz 850 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik tandas disertai dengan 1 lot parking.

Cadangan Pembangunan Semula Taman Ikan Emas telahpun dirancang lebih daripada 10 tahun dan berharap pembangunan ini dapat dinikmati oleh penduduk-penduduk Taman Ikan Emas.

Ia juga merupakan satu Projek Kerajaan BN untuk memperkasakan Rakyat melalui pemilikan rumah yang mana akan dapat diturunkan kepada generasi kedua dan seterusnya.