Tuesday 6 February 2018

Projek Pembangunan Semula Taman Ikan Emas

Projek Pembangunan Semula Taman Ikan Emas


12 Januari 2018 merupakan hari yang amat bermakna bagi penduduk-penduduk Taman Ikan Emas kerana projek pembangunan semula Taman Ikan Emas yang lama tertunggu bermula kerja-kerja pembinaan bagi Fasa 1B yang mempunyai 537 unit. Fasa 1C (1,192 unit) dan Fasa 1A (722 unit) akan bermula dalam masa lebih kurang 6 bulan.

Projek Pembangunan Semula Taman Ikan Emas dijangka mengambil masa 7-8 tahun yang melibatkan 5,689 unit. Fasa 1 dijangka memakan masa selama 3-4 tahun. Penduduk-penduduk Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Perumahan Awam Kluster,Taman Ikan Emas akan berpindah ke Fasa 1 selepas ia siap dibina.

Pangsapuri baru adalah bersaiz 850 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik tandas disertai dengan 1 lot parking.

Cadangan Pembangunan Semula Taman Ikan Emas telahpun dirancang lebih daripada 10 tahun dan berharap pembangunan ini dapat dinikmati oleh penduduk-penduduk Taman Ikan Emas.

Ia juga merupakan satu Projek Kerajaan BN untuk memperkasakan Rakyat melalui pemilikan rumah yang mana akan dapat diturunkan kepada generasi kedua dan seterusnya.



No comments:

Post a Comment