Monday 29 January 2018

Janji-Janji Manis Adalah Penghalang Pembentukan Kerajaan Yang Mendahulukan Rakyat

Pakatan Harapan telah mengumumkan calon pilihan perdana menteri mereka. Walaupun parti-parti komponen Pakatan Harapan menyuara sokongan sepadu mereka kepada Tun Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri dan cuba mencipta satu suasana perpaduan dalam Pakatan Harapan. 

Namum 24 jam selepas itu, Sangeet, anak perempuan bekas pengerusi DAP Kapal Singh, telah menyuarakan ketidaksetujuan beliau terhadap keputusan itu. Selepas itu, PKR Selangor juga menyatakan mereka tidak setuju dengan Mahathir. Malah mereka mencadangkan Timbalan Pengerusi PKR dan menteri besar Selangor Dato Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon perdana menteri. Segala ini telah menunjukkan aksi perpaduan Pakatan Harapan hanyalah wayang semata-mata.

Sepertimana yang saya selalu berkata, pakatan pambangkang hanya satu gabungan yang berdasarkan kepentingan. Mereka mempunya agenda-agenda yang tersendiri dan bersedia menggadaikan prinsip politik mereka untuk kuasa.

Belum lagi Pakatan Harapan mendapat kuasa pemerintahan, mereka telah bergaduh sesama sendiri atas pencalonan perdana menteri. Sekiranya Pakatan Haparan menang dalam pilihanraya akan datang, parti-parti komponen Pakatan Haparan mesti dalam kekecohan perebutan kuasa. Justerunya, negara akan mengalami keadaan politik yang tidak setabil, ekonomi negara akan terjejas, dan mangsa daripada itu hanyalah rakyat Malaysia.

Jangan lupa, parti Pakatan Harapan hanya beri janji-janji manis saja atau kata-kata manis yang mana mereka tidak dapat tunaikan. Oleh itu, pilihan Rakyat adalah BN parti yang dahulukan Rakyat. 



Follow me at Fb @datukykchew

No comments:

Post a Comment