Wednesday 24 January 2018

Ringgit Mencecah Psikologi RM3.93 Berbanding Dollar Amerika

Baru 18 hari dalam tahun 2018, berita ekonomi dalam negara amat mengalakkan. Salah satunya ialah kekukuhan matawang Ringgit terhadap Dollar Amerika yang telah mencecah tahap psikologi RM3.96. Berita-Berita ini menunjukkan ekonomi negara berada dalam landasan baik dan betul.
Pada minggu pertama tahun 2017, matawang Ringgit jatuh di bawah RM4.50 berbanding US$1 menjadi rekod terendah sejak krisis kewangan tahun 1998. Tetapi pada minggu pertama tahun ini, Ringgit telah naik memecah RM4.00 berbanding US$1.00, malah menjejak RM3.93 pada satu masa. Ini merupakan satu pemulihan yang amat ketara.
Selain daripada kenaikan harga minyak antarabangsa ke tahap tertinggi dalam masa tiga tahun, pemulihan keadaan makro ekonomi dan kewangan negara juga factor-faktor penting yang mempengaruhi kenaikan matawang Ringgit.
Ringgit naik sebanyak 11% pada tahun 2017 merupakan matawang berpretasi kedua baik di Asia. Kestabilan politik merupakan unsur penting penbangunan ekonomi negara. Keadaan politik yang tidak stabil akan menjejaskan pelaburan dan mengganggu pembangunan negara.
Ini membuktikan kerajaan BN mempunyai dasar ekonomi yang baik dan betul dan justerunya rakyat menikmati hasil dasar ekonomi kerajaan BN.


No comments:

Post a Comment