Tuesday 5 June 2012

GERAN E-DIDIK DAN GERAN BANTUAN KELAS TUISYEN TAHUN 2011

 Geran E-Didik dan Geran Bantuan Kelas Tuisyen Tahun 2011

Geran E-Didik dan Geran Bantuan Kelas Tuisyen dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak pada 1 Oktober 2011.Seramai 70 pelajar dan 6 persatuan penduduk telah dipilih untuk menerima geran tersebut.Geran E-Didik adalah diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti Program Skor “A” dibawah Program Pendidikan DBKL yang dikendalikan oleh persatuan-persatuan berkenaan. Manakala, geran bantuan kelas tuisyen yang diberikan kepada persatuan-persatuan untuk membiayai sebahagian kostenaga pengajar, peralatan dan pelbagai perbelanjaan kelas tuisyen.
Persatuan-persatuan yang terlibat adalah Pertubuhan Belia Bandar Bukit Jalil, Persatuan Penduduk Sri Johor 4A, Persatuan Penduduk Sri Penara, Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan. Persatuan Penduduk PPR Desa Tun Razak dan Persatuan Penduduk Kg. Malaysia Raya.



Sdr Chew menganugerahi Geran E-Didik kepada pelajar



Sdr Chew mengambil gamber bersama-sama dengan semua pelajar dan pengerusi-pengerusi persatuan

No comments:

Post a Comment