Wednesday 9 July 2014

Mesej Bulan Ramadhan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucap selamat berpuasa Bulan Ramadhan kepada kalian umat Islam.
Dalam bulan yang mulia ini, rakyat yang berbilang kaum dan agama harus saling faham memahami, menghormati menjaga sensitiviti  antara satu sama lain untuk membina Malaysia sebagai model yang harus diperlajari oleh  seluruh dunia.
Sejak lebih 50 tahun yang lalu, Malaysia yang berlatar pelbagai agama dan etnik menikmati kehidupan  aman dan harmoni yang tidak dimiliki oleh pelbagai negara. Malah negara yang mengalami keadaan huru-hara ini adalah negara bangsa atau rakyat yang  menganuti agama tunggal.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, tidak mengira mereka yang berpuasa atau tidak, dalam bulan yang mulia ini, kita harus merenung diri sendiri, membuat  kerja amal dan mengamalkan nilai-nilai murni.
Keunikan bulan Ramadhan di Malaysia ialah kita mempunyai  bazar. Bazar yang diadakan pada bulan Ramadhan mendapat sambutan pelbagai kaun kerana ia menjual pelbagai barangan dan makanan trasional. Kedatangan kaum-kaum lain menunjukkan Bazar telah    membantu  meningkat hubungan integrasi agama dan budaya. Dan ia juga merupakan lambang keharmonian dan perpaduan rakyat.
Setahu saya, semangat perpaduan merupakan salah satu ciri umat Islam, ia dapat dibuktikan apabila semua umat Islam yang berlainan kewarganegaraan, bahasa dan budaya sama-sama menyambut bulan Ramadhan.
Semangat ini harus digalakan di antara rakyat yang bukan umat Islam agar menyatupadukan rakyat untuk menumpu tumpuan membantu negara mencapai Negara maju yang berpendapat tinggi  dan mempunyai semangat ketabahan untuk menangani sebarang cabaran pada masa depan.
Selain itu, saya berharap umat Islam mengamalkan budaya kesederhanaan sewaktu bulan Ramahdan dan mengelak pembaziran agar tidak menanggung hutang dan memberi masalah kepada diri sendiri dan keluarga mereka.
Sebagai rakyat, kita harus bersyukur kerana Umat Islam dapat berpuasa dalam keadaan yang aman, selain itu, penganut agama yang lain juga menghormati umat Islam yang berpuasa dan tidak sengaja menyinggung Umat Islam.
Di sesetengah Negara, kini menghadapi masalah bencana alam, krisis kemanusian dan terperangkap dalam perang dan sukar mendapat makanan untuk berpuasa atau tidak dapat makan sebelum masuk waktu imsak. Keadaan mereka amat disimpati.
Dalam bulan Ramahdan ini, kita harus merenung diri sendiri agar membuat lebih banyak kerja-kerja amal, dan sewaktu berjumpa dengan saudara atau rakan-rakan, kita harus meningkatkan displin dan lebih bersabar dan bersimpati terhadap mereka yang menghadapi kesukaran. 

No comments:

Post a Comment