Saturday 19 July 2014

GOTONG-ROYONG


Gotong-royong  merupakan aktiviti yang unik di kalangan rakyat Malaysia.  Dalam Dewan kamus dan pustaka,definisi  gotong-royong  adalah semangat tradisional Malaysia yang menggerakan masyarakat sama-sama mengerjakan seseuatu atau saling bantu-membantu antara sama lain ketika membuat sesuatu tugas yang sama.

Gotong-royong juga sering ditafsirkan sebagai tanggungjawab bersama di tempat kediaman atau kerja, kerjasama politik dan hubung peribadi yang khusus dan kompleks.

Gotong-royong di Malaysia adalah lebih bermakna berbanding dengan negara lain, kerana negara kita adalah negara yang berbilang kaum, budaya, bahasa dan agama. Rakyat Malaysia mempunyai adat resam dan pantang larang agama yang berbeza. Oleh itu, adalah bukan senang untuk kita menggerakan rakyat yang berlainan latar belakang untuk sama-sama capai sesuatu matlamat. Tetapi dengan adanya semangat gotong-royong ini, pelbagai masalah telah berjaya diselesaikan dan diatasi.

Dengan adanya semangat ini, kita telah menikmati kehidupan yang harmoni dan aman, dan kita mampu menggerakan seluruh komuniti ketika mengadakan pembersihan, kewangan atau sekitar tempat kediaman kita.

Akan tetapi, saya mendapati semangat gotong-royong ini semakin pudar di beberapa kawasan dan ia tidak mendapat sambutan yang positif.  Semangat tradisional ini kian menghadapi cabaran setelah semangat tradisi ini kian lenyap.

 Tidak kira komuniti atau Negara, kita tidak harus membezakan antara satu sama lain, kita harus mempunyai semangat  kejiranan  untuk mengadakan pembersihan bersama, dan sama-sama memerangi jenayah atau meraikan perayaan atau memerangi penyakit dengue.


Lebih-lebih lagi  pelbagai kenyataan rasis yang  mengugat perpaduan antara kaum telah dipermainkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.  Oleh itu,  kita perlu lebih berwaspada. Selain itu, ibu bapa dan pihak sekolah juga harus memupuk semangat gotong-royong di kalangan pelajar.


Gotong –royong bukan cubaan untuk asimilasikan rakyat yang berlainan agama dan kaum, atau mengubah negara kita kepada apa yang diinginkan oleh kita, tetapi ia membolehkan kita menerima kegagalan, ketidak sempurnaan, benda yang hodoh, kotor dan yang tidak indah.

Adalah sampai masanya kita bersama-sama membanteraskan wabak penyakit dengue dengan mengadakan program gotong-royong untuk membersihkan kawasan setempat demi kepentingan dan kebaikan semua penduduk setempat.


Oleh itu, saya menyeru kerajaan Persekutuan untuk mengadakan satu Gotong-Royong Perdana , yang dijalankan serentak di seluruh negara untuk membasmi wabak dengue. Ini juga memberi kesederan kepada Rakyat begitu pentingnya kebersihan sekitar kepada kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment