Wednesday 9 July 2014

Gotong-royong

Gotong-royong  merupakan salah satu keunikan di antara rakyat Malaysia.  Dalam Dewan kamus dan pustaka,definisi  gotong-royong  adalah semangat tradisional Malaysia yang menggerakan masyarakat sama-sama mengerjakan seseuatu atau saling membantu antara sama lain ketika membuat sesuatu tugas yang sama.
Gotong-royong juga sering ditafsirkan sebagai tanggungjawab bersama di tempat kerja, kerjasama politik dan hubung peribadi yang khusus dan kompleks.

Dalam hubungan persekitaran social di Malaysia, kerajaan telah menggalakkan semua rakyat memaksimumkan potensi mereka agar Bandar kita lebih pelbagai dan mencipta lebih banyak peluang dan mencapai cita-cita yang diimpikan.

Dengan adanya semangat gotong-royong, kita tidak akan menyalahkan orang lain apabila kita alami kegagalan. Kita akan cuba bangkit semula apabila alami kegagalan, dan apa yang lebih penting, jika kita hadapi kesukaran untuk bangkit semula, tentu ada seseorang akan menghulurkan bantuan.

Gotong-royong di Malaysia adalah lebih bermakna berbanding dengan Negara lain, kerana Negara kita adalah Negara yang berbilang kaum dan agama. Rakyat Malaysia mempunyai adat resam dan pantang larang agama yang berbeza. Oleh itu, adalah bukan senang untuk kita menggerakan rakyat yang berlainan latar belakang untuk sama-sama capai sesuatu matlamat. Tetapi dengan adanya semangat gotong-royong ini, pelbagai masalah telah berjaya diselesaikan.

Dengan adanya semangat ini, kita telah menikmati kehidupan yang harmoni dan aman, dan kita mampu menggerakan seluruh komuniti ketika mengadakan pembersihan.

Akan tetapi, saya mendapati semangat gotong-royong ini semakin pudar di beberapa kawasan dan ia tidak mendapat sambutan yang positif.  Semangat tradisional ini kian menghadapi cabaran setelah semangat tradisi ini kian lenyap.

 Tidak kira komuniti atau Negara, kita tidak harus membezakan antara satu sama lain, kita harus mempunyai semangat  kekeluargaan  untuk mengadakan pembersihan bersama, dan sama-sama memerangi jenayah atau meraikan perayaan.

Lebih-lebih lagi  pelbagai kenyataan rasis yang  mengugat perpaduan antara kaum telah dipermainkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.  Oleh itu,  kita perlu lebih berwaspada. Selain itu, ibu bapa dan pihak sekolah juga harus memupuk semangat gotong-royong di kalangan murid.

Kita harus berpegang kepada semangat :saya cinta kepada Negara saya, dengan adanya Negara baru kita mampu memiliki  rumah dan adanya kita. Kita mencintai Negara bukan kerana adanya Negara, tetapi negara ini mempunyai memori kita diperbesarkan dan semua rakyat mempunyai nasib bersama dan ia telah menjalinkan hubungan di antara satu sama.

Gotong –royong bukan cubaan untuk asimilasikan rakyat yang berlainan agama dan kaum, atau mengubah negara kita kepada apa yang diinginkan oleh kita, tetapi ia membolehkan kita menerima kegagalan, ketidak sempurnaan, benda yang hodoh, kotor dan yang tidak indah. 

No comments:

Post a Comment