Saturday 29 June 2013

JEREBU

Negara kita telah dilanda masalah jerebu teruk sejak seminggu yang lalu, dan ia menyebabkan ramai dalam kegusaran.  

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar dan Lerang telah mencapai tahap bahaya sehingga mencecah paras 700, lalu mencipta rekod pencemaran udara tertinggi di Semenanjung Malaysia.  Kerajaan telah menyistihar zon darurat di Muar dan Ledang sebagai zon darurat.

Darurat yang diisytiharkan telah ditarik balik apabila keadaan jerebu di kedua-dua Daerah ini beransur pulih.

Walau bagaimanapun, pengisytiharan zon darurat tidak membantu menjaga kesihatan rakyat. Selain kerajaan mengisytiharkan zon darurat, lebih baik kerajaan memberi informasi dan pendidikan kepada rakyat cara menangani jerebu yang melanda Malaysia, agar kesihatan tidak terjejas.

Kerajaan sepatutnya hanya mengumum zon darurat sewaktu keselamatan rakyat terancam dan bukan kerana masalah kesihatan.

Pengisytiharan ini bukan saja membuat ramai rakyat gusar, malah ia juga memberi anggapan salah faham kepada pelabur asing.

Dalam keadaan ini, kerajaan dan media massa harus sering mengingatkan rakyat kerap minum air, kurangkan aktiviti luar dan menjelaskan bagaimana jerebu memberi kesan kepada kesihatan agar rakyat lebih berwaspada menjaga kesihatan sendiri dan keluarganya. 

No comments:

Post a Comment