Saturday 1 June 2013

audit usaha wajar bebas harus dijalankan



Pengerusi MCA Cawangan Bukit Jalil Resort, Datuk Chew Yin Keen berkata, sebaik saja Dato’ Seri Chua Soi Lek menyerah jawatan Presiden MCA kepada penggantinya,  pucuk pimpinan MCA yang baru harus dan perlu menjalankan audit usaha wajar bebas, (independent due diligence audit) terhadap aset MCA, kedudukan kewangan dan transaksi syarikat-syarikat yang dimiliki oleh MCA dalam 36 bulan yang lalu.



Beliau berkata, cadangan pengambilalihan berbalik (Reverse Takeover) Matang Holding yang kini menjadi kontroversi merupakan bukti rujukan perlunya audit bebas membuat penelitian terhadap asset MCA.

 

Dalam kenyataan akhbar yang dibuat oleh saya sebelum ini, saya telah membongkar sebab presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan beberapa pemimpin setia beliau enggan letak jawatan adalah kerana tidak mahu melepaskan kuasa mengurus aset MCA. Jika bukan kerana sebab ini, Chua Soi Lek akan letak jawatan sebaik sahaja MCA ditolak oleh pengundi-pengundi dalam pilihanraya umum ke-13.



Beliau berkata, kebelakang ini terdapat khabar angin yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada Presiden MCA Chua Soi Lek dan Bendahari Tan Sri Tan Chai Ho dan Setiausaha Agung Datuk Seri Kong Cho Ha yang berkaitan dengan aset parti. Oleh itu, demi keadilan dan menjaga reputasi mereka bertiga yang  merupakan pengurus utama  aset MCA, satu siasatan audit usaha wajar bebas perlu dijalankan.



Pemimpin MCA yang baru perlu memperlawa firma audit bebas untuk menjalankan audit usaha wajar terhadap aset MCA secara menyeluruh. Laporan audit usaha wajar perlu diumumkan kepada ahli MCA agar keraguan ahli-ahli parti dan rakyat dapat dijawab.



Berhubung isu Matang Holding, beliau berpendapat, Huaren Holdings tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa kelulusan jawatankuasa Pusat MCA atas alasan transkasi ini adalah pengambilalihan berbalik . Pengambilalihan berbalik sebenarnya bermakna transaksi jual dan beli aset dengan cara bertukar saham dari satu syarikat kepada satu syarikat yang lain.


Chew berkata pengarah Huaren Holdings mungkin tidak bersalah dari segi undang-undang tetapi mungkin salah dari segi moral. Beliau menegaskan apa saja perjanjian yang melibatkan aset parti MCA, ia perlu mendapat persetujuan/ kelulusan daripada jawatankuasa pusat termasuk kes transaksi pengambilalihan berbalik. Jika tidak, sebarang keputusan dan perjanjian perlu digantung serta-merta.



Beliau berkata, jika pengarah Huaren Holdings menandatangani perjanjian saham Matang tanpa mendapat kelulusan jawatankuasa pusat, maka motif mereka adalah amat diragui dan boleh dipersoalkan.



Tambahan pula, penilaian aset Matang Holding juga dipersoalkan kerana  menaksir lebih rendah dari nilai yang sebenarnya. Jika benar, ini mungkin kes jenayah. Oleh itu, Chew mengesyorkan kepada Jawatankuasa Pusat MCA harus menubuhkan satu jawatankuasa untuk membuat penyiasatan terhadap kes saham Matang termasuk menubuhkan audit usaha wajar bebas.



Chew juga menasihati pengarah Huaren Holdings dan Matang Holding supaya mengamalkan amalan baik korporate (good corporate practice) dan amalan baik pentadbiran (good governance) dalam mengendalikan perjanjian saham Matang  supaya kepentingan syarikat dan pemegang saham dapat diperlindungkan dan kegagalan berbuat demikian, mereka boleh didakwa ke mahkamah.



Menurut Seksyen 132 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa “seseorang pengarah harus pada setiap masa bertindak secara jujur dan menggunakan ketelitian secara munasabah di dalam mengendalikan tugas-tugas sebagai pengarah”. Ini adalah tambahan kepada lain-lain undang-undang atau kedaulatan undang-undang yang sedia ada yang berkaitan dengan kewajipan dan tugas-tugas atau liabiliti pengarah syarikat. Oleh itu, pengarah-pengarah Huare-n Holdings dan Matang Holding harus berhati-hati dalam mengendalikan saham Matang supaya tidak melanggar undang-undang.



Oleh itu, beliau bercadang walaupun EGM Matang Holding telah ditundakan, jawatankuasa pusat MCA perlu mengadakan mesyuarat tergempar bagi menghalang perjanjian pengambilalihan berbalik kerana perjanjian tersebut dari mulanya sudah tidak adil terhadap pemegang saham termasuk MCA.



Beliau menegas, sesiapa pemimpin MCA yang terlibat dalam saham Matang dan melakukan tindakan yang diragui,  walaupun ia sah dari segi undang-undang tetapi salah dari segi moral sehingga kewibawaan MCA dicemari, maka mereka yang terlibat perlu dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti dan tindakan sewajarnya harus diambil. Jawatankuasa pusat MCA harus bertindak untuk merujuk pemimpin-pemimpin ini kepada jawatankuasa disiplin parti.

 

Beliau menegas, keputusan pilihanraya umum yang jelas menunjukkan ketidakpercayaan  masyarakat Cina terhadap kepimpinan Chua Soi Lek. Beliau sudah hilang kelayakan untuk  terus memegang jawatan presiden dan mengurus aset parti MCA.



Beliau berkata, MCA adalah parti yang telah lama berwujud dan mempunyai  mekanisme peralihan kuasa pemimpin yang sempurna. Oleh itu Chua Soi Lek tidak perlu risau perletakan jawatan akan menjejas urusan aktiviti parti. Di sebaliknya, beliau perlu letak jawatan serta merta, agar Chua yang dikatakan tamak kuasa atau kerana aset parti tidak terus menjadi buah mulut

No comments:

Post a Comment