Monday 11 November 2013

Pendidkan Kanak-kanak

Anak-anak masa kini telah didedah dengan komputer sejak awal lagi, dan keadaan ini telah menyebab anak-anak kini semakin tidak berminat membuat kerja rumah sekolah, menjauhi buku dan tidak berminat membaca. Fenomena ini amat tidak sihat. Dengan menekan papan kekunci komputer atau telefon dengan jari, anak-anak muda kita akan berkhayalan dalam dunia sendiri sehingga menyebab mereka mempunyai sikap menyendiri dan sombong. Lama-kelamaan, mereka juga tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain atau menerima nasihat orang lain. Saya berpendapat, selain daripada ibubapa, sekolah harus meningkat aktiviti menggalakkan pelajar membaca buku atau suratkhabar, contohnya bacaan pagi nilai-nilai murni tradisional China (弟子規), membaca lagu-lagu kanak-kanak versi Inggeris. Selain itu, sekolah-sekolah juga boleh menyediakan aktiviti tambahan seperti berkebun, belajar membuat tembikar, membuat kek dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini boleh meningkat keyakinan diri, berdikari, rasa bertanggungjawab dan juga boleh menanam minat pergi atau hadir sekolah. Aktiviti-aktiviti ini juga akan membolehkan anak-anak ketahui dunia luar adalah lebih berwarna-warni dan menarik jika dibanding dengan alam siber. Oleh itu, sekolah harus mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok untuk belajar dan ini agar akan membuat anak-anak tidak sabar ingin pergi ke sekolah setiap hari. Pelajar-pelajar akan berasa sekolah adalah sebagai taman permainan untuk mereka. Pendidikan merupakan penjana kemajuan dan pembangunan negara. Oleh itu, tahap pendidikan rakyat pasti adalah tinggi dan bermutu. Negara telah mencapai kemerdekaan sejak setengah abad lalu danpemerintah Negara kita mengetahui betapa pentingnya pendidikan, oleh itu dalam bajet setiap tahun, peruntukkan yang besar telah diberikan kepada kementerian pendidikan. Inoi menunjukkan kerajaan mempunyai visi jangka panjang untuk Rakyat, iaitu menekankan Rakyat khususnya, anak-anak kita mempunyai pendidikan yang tinggi dan bermutu.

No comments:

Post a Comment