Monday 11 November 2013

BAHASA INGGERIS

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita. Oleh itu, semua rakyat terutamanya generasi baru tanpa mengira bangsa perlu menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Penguasaan bahasa kebangsaan ini membolehkan rakyat kita berasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang diidentitikan malalui Bagasa Melayu. Menguasai Bahasa Kebangsaan adalah amat perlu dan munasabah, tetapi mewajibkan institusi pengajian tinggi menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hanya akan menyebab pelajar bagai katak di bawah tempurung. Ini akan menyebabkan tahap kualiti pelajar pengajian tinggi menurun dan tidak mampu bersaing di arena antarabangsa. Selain ini, majority buku dan laporan pengajian adalah dalam Bahasa Inggeris. Sama ada kita ingin mengakui atau tidak, Bahasa Inggeris merupakan bahasa paling penting dan popular di antarabangsa. Jika ingin bersain di antarabangsa, kita tidak ada pilihan tetapi harus menguasai Bahasa Inggeris dan sebaliknya pelajar pengajian tinggi tidaj mampu bersaing di arena antarabangsa serta tidak mampu mendapat pengetahun yang lebih bermutu. Menguasai bahasa kedua atau ketiga, membolehkan kita lebih terselah dan mempunyai kelebihan tertentu. Menteri mentor Singapura Lee Kuan Yew pernah berkata, salah satu sebab utama kejayaan Singapura pada hari ini adalah kerana Singapura memperkenalkan pendidikan Inggeris secara meluas. Ekonomi Singapura capai kemajuan yang tinggi adalah kerana mereka mampu menarik banyak pengeluar semikonduktor untuk membina kilang sehingga membolehkan Singapura menjadi Hub pengeluar komputer dan produk peranti persisian. Syarikat-syarikat ini melabur di Singapura adalah kerana mereka menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Oleh itu jika tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris, maka ia hanya akan merugikan diri sendiri kerana mereka hanya dapat memegang jawatan yang rendah dan menerima gaji yang rendah. Sewaktu Singapura mula melaksanakan dasar guna Inggeris sebagai bahasa pengantar utama pendidikan negara termasuk di institusi pengajian tinggi , ia mendapat pelbagai kritikan. Tetapi selepas pelajar tamat pengajian tinggi, mereka pula menjadi rebutan syarikat antarabangsa dan membantu Singapura menjadi sebuah negara maju. Selain itu, saya berpendapat jika kerajaan mengubah dasar pengantar sesuka hati, ia hanya merugikan diri sendiri dan menghalang kemajuan negara. Ketidakmampuan menguasai Bahasa Inggeris memberi kesan secara langsung terhadap pelajar sewaktu mencari ilmu dalam bidang teknologi dan informasi. Kini, ranking universiti tempatan juga jatuh mendadak dalam pelbagai senarai institusi pengajian tinggi terbaik dunia. Malahan tiada berapa universiti tempatan berada dalam ranking 200 buah universiti yang terbaik di dunia. Keutamaan kita adalah memikir bagaimana untuk meningkat kualiti university dan bukan menukar bahasa pengantar kepada bahasa yang tidak kompetitif di dunia. Mempertingkatkan penguasaan bahasa kebangsaan boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah, dan sekolah vernukular juga terus-menerus meningkat tahap penguasaan bahasa kebangsaan. Apabila sampai ke tahap institusi pengajian tinggi, kita perlu menumpukan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dan bukan bahasa.

No comments:

Post a Comment