Monday 11 November 2013

Bersama-sama Kita Menghadapi Deman Denggi

Kementerian Kesihatan baru-baru ini telah mengeluarkan amaran bahawa kes denggi yang dilaporkan telah menghampiri kitaran kemuncak yang biasa berlaku setiap 6 tahun. Oleh itu rakyat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga agar deman denggi yang mengancam nyawa tidak terus merebak dengan luasnya. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, setakat September 2013, jumlah kematian yang diakibatkan oleh denggi telah meningkat kepada 48 orang. Berbanding dalam tempoh sama tahun lalu, jumlah kematian adalah 27 orang. Ini bermaksud jumlah kematian telah meningkat kepada 21 orang atau bertambah 78%. Jumlah kumulatif kes deman denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga September adalah sebanyak 19,367 kes, ia telah meningkat sebanyak 4279 kes (+22%). Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti 202 lokasi hospot yang dilanda wabak denggi yang teruk dan 132 lokasi hospot adalah berada di Selangor. Oleh itu ia adalah amat membimbangkan. Menurut laporan, deman denggi yang teruk tidak terhad di negara kita, wabak deman denggi juga sedang merebak di kebanyakkan negara ASEAN termasuk Singapura, Thailand dan Laos . Kementerian telah mengambil pelbagai langkah untuk mengawal rebakan deman denggi, tetapi pencegahan ini hanya akan berjaya jika mendapat kerjasama dari semua pihak. Setiap rumah harus membersihkan rumah sekurang-kurangya sekali dalam seminggu kursusnya tempat yang mudah ditakung air kerana ia merupakan tempat pembiakan nyamuk aedes. Kitaran pertumbuhan nyamuk aedes adalah selama 7 hari. Ini bermaksud larva akan berkembang menjadi nyamuk aedes dalam 7 hari. Dan semburan minyak nyamuk aedes hanya berkesan terhadap nyamuk aedes yang matang, tetapi ia tidak berkesan terhadap larva. Saya setuju dengan Kementerian Kesihatan mengambil inisiatif untuk meningkat kesedaran orang ramai terhadap pelbagai penyakit. Konsep “doktor keluarga” sebagai contohnya boleh megurangkan masalah kesihatan rakyat. Kita juga harus meningkat kesedaran pencegahan dan penjagaan kesihatan untuk mengurangkan masalah kesihatan rakyat. Ramai keluarga di Malaysia mempunyai “doktor keluarga” mereka masing-masing, tetapi Kementerian Kesihatan telah merancang memperbesarkan konsep ini di klinik kerajaan, supaya rakyat jelata dapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik. Kesedaran perubatan perlu dididik melalui pendidikan. Sekolah harus memainkan peranan dalam mengajar anak-anak bagaimana mengambil berat atas kesihatan kita. Ini hasu mendapat sokongan semua pihak, supaya risiko kesihatan yang dihadapi oleh rakyat jelata dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment