Saturday 7 June 2014

Semangat Perpaduan Rakyat menjadikan Malaysia Juara


Semangat Perpaduan Rakyat menjadikan Malaysia Juara.

Pasukan Malaysia gagal memenangi perlawanan akhir Piala Thomas di New Delhi setelah dikecewakan oleh Jepun. Walau bagaimanapun, kedudukan kedua juga merupakan satu kemenangan untuk Malaysia.

Setelah merangkul piala Thomas pada 22 tahun lepas, buat kali pertama pasukan Malaysia berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Thomas.

Walaupun mereka kecundang di perlawanan akhir, tetapi kegigihan dan semangat yang dipamerkan oleh mereka membuat semua rakyat masih menganggap mereka merupakan wira dan juara.

Selain itu, apa yang membuat rakyat Malaysia rasa bangga ialah rakyat terus bersama dengan pasukan badminton Malaysia walaupun prestasi pasukan kebangsaan sentiasa turun naik.

Kejayaan pasukan Malaysia memasuki perlawanan akhir piala Thomas dan menentang Jepun yang menumpaskan China secara mengejut menunjukkan pasukan Malaysia telah berusaha sedaya upaya.

Bagi rakyat Malaysia, badminton bukan salah satu sukan atau perlawanan saja, sukan badminton berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa, ketika perlawanan semua rakyat sama-sama bersorak untuk pasukan kebangsaan yang berusaha mengharumkan nama Negara.

Sukan badminton telah menjelma semangat perpaduan antara rakyat Malaysia, dan semangat inilah yang amat diperlu oleh negara jika negara ingin menjadi sebuah negara maju yang berdaya saing di antarabangsa.

Walaupun Malaysia hanya mendapat tangga kedua di Piala Thomas, tetapi mereka adalah juara dalam hati seluruh rakyat Malaysia.

Banyak pengajaran dapat dipelajari dari Perlawanan piala Thomas, contohnya kejayaan Jepun muncul sebagai Juara Piala Thomas buat kali pertama selepas berusaha keras tanpa mengenal jemu.

Selain itu, kita juga harus mengkaji dan belajar sama ada sebab strategi atau teknik yang menyebab pasukan gergasi seperti China boleh kecundang kepada Jepun.


No comments:

Post a Comment