Tuesday 10 June 2014

BERSATU MEMBANTERAS JENAYAH


Kami terkejut dengan berita mengenai dua birawati diserang dengan topi keledar dan diragut di Seremban. Kes pelancong asing diragut berlaku satu demi satu tanpa berhenti. Kejadian-kejadian ini telah meningkat kebimbangan orang ramai terhadap masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Selain itu, kes samun dan ragut selalu berlaku di kawasan destinasi pelancongan, gejala ini telah memberi kesan negatif terhadap tahun melawat Malaysia.

Kes samun dan ragut semakin berleluasa di Malaysia. Ini telah menyebab media asing mengingatkan pelancong berhati-hati sewaktu melawat Malaysia. Tambahan pula, penduduk tempatan juga selalu mengingatkan pelancong asing sentiasa berhati-hati mengawasi keselamatan diri dan harta benda mereka.

Walaupun polis memberi jaminan negara kita adalah selamat kerana pihak polis telah melancar pelbagai usaha untuk banteras jenayah, dan data-data yang dikumpul juga menunjukkan kes samun dan ragut atau jenayah lain telah berkurangan. Akan tetapi, kes jenayah masih kerap berlaku sehingga membuat rakyat bimbang terhadap keselamatan mereka.

Jika mangsa adalah pelancong, ia bukan hanya membuat mereka kehilangan harta benda, malah ada diantara mereka juga alami kecederaan. Insiden-insiden ini akan membuat rakyat asing bimbang terhadap keselamatan Malaysia lalu memberi kesan buruk terhadap industry pelancongan.

Walaupun banteras jenayah adalah tanggungjawab polis, tetapi kesedaran untuk mencegah dan memerangi jenayah di kalangan rakyat juga perlu ditingkatkan.Semua Rakyat Malaysia harus bersatu padu dalam usaha membanteras jenayah dan tidak saja bergantung kepada pihak polis.

Sebagai contohnya, seorang pelancong asing telah diragut kamera si siang hari sewaktu mereka berjalan di jalan bersejarah di Melaka. Apa yang membuat rasa amat kesal ialah, rakyat Malaysia yang melihat kejadian tersebut tidak menghulur bantuan sewaktu kejadian itu berlaku.

Memang tidak menafikan pihak kerajaan telah melaksana pelbagai polisi untuk mengurangkan jenayah, tetapi sehingga kini kita masing tidak dapat melihat perubahan yang ketara. Ditambah lagi, sikap Rakyat Malaysia tidak mengambil tahu dan ?kesedaran sivik yang rendah, telah menyebab insiden jenayah semakin meningkat.

Walaupun polis ?mempunyai pelbagai strategi untuk memerangi jenayah, tetapi pelaksanaanya ?adalah rendah ?walaupun dana yang amat besar telah dilabur oleh kerajaan.

Walaupun kerajaan menyeru semua pihak berganding bahu banteras jenayah, tetapi respondan rakyat agar mendukacitakan. Oleh itu, saya menyeru semua pihak termasuk NGOs dan pihak berkuasa sekolah mengadakan program-program atau aktiviti-aktiviti kesedaran dan kepentingan memerangi jenayah. Program ini juga menanam kesedaran di kalangan Rakyat bahawa memerangi jenayah adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia, dan bukan tanggungjawab polis sahaja.


No comments:

Post a Comment