Saturday 21 June 2014

Hari Bapa

Hari Bapa
Pada Bulan May, kita telah menyambut Hari Ibu dan bulan Jun, maka sampailah kita menyambut Hari Bapa. Di sini, saya ingin berpesan kepada anak-anak bahawa kasih sayang ibu bapa adalah tidak dapat dicari ganti. Mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman harus sentiasa balik kampung untuk melawat ibu bapa mereka pada hujung minggu merupakan cara yang paling mudah untuk membuktikan mereka hormat dan taat kepada ibu bapa mereka.
Oleh kerana struktur sosio-ekonomi telah berubah, ramai anak muda terpaksa meninggalkan kampung halaman  mencari nafkah dan sukar meneman ibu bapa mereka. Keadaan ini menyebabkan Ibu bapa terasa kesunyian dan berharap anak dan cucu mereka dapat selalu balik menjenguk.
Sewaktu anak masih kecil, ibu bapa mereka sentiasa berusaha keras siang dan malam dan meluangkan masa untuk meneman anak-anak mereka sehingga menjadi dewasa. Ibu bapa bekerja keras untuk memastikan anak-anak mereka mempunyai kehidupan yang terbaik. Ini adalah kasih sayang semulajadi ibu bapa  kepada anak-anak mereka. 
Menyambut Hari ibu atau Hari bapa tidak harus dinilai dengan kebendaan, apa yang lebih penting ialah sentiasa memberi kasih sayang dan ambil prihatin terhadap  ibu bapa. Selain itu, menghormati ibu bapa juga harus diamalkan sejak muda lagi.
Saya berpendapat, cara menghormati ibu bapa tidak harus dinilai dengan kewangan. Apa yang penting ialah melaku mengikut kemampuan diri dan setiasa mengingati ibu bapa. Jangan asyik bekerja sehingga mengabaikan dan membiarkan ibu bapa berada dalam kesunyian.
Perpatah cina berkata, “ pokok ingin tenang tetapi angin tidak berhenti bertiup, anak ingin menghormati ibu bapa, tetapi mereka sudah tiada lagi.” Adalah diharap, semua anak-anak mentaati ibu bapa mereka sementara ibu bapa mereka masih ada dan bukan menyesal kemudian nanti.
Seperti kata pepatah, menghormati ibu bapa merupakan kerja-kerja amal yang paling diutamakan. Kehormatan kepada ibu bapa juga adalah nilai tradisi cina dan asas moral social. Seseorang yang mempunyai nilai kehormatan kepada ibu bapa, nilai moralnya juga tidak buruk ke mana.
Apa saja masalah yang dihadapi anak-anak, ibu bapa merupakan orang yang paling prihatin dan tidak akan melepaskan tangan. Tetapi, apa yang mendukacitakan ialah, ada sesetengah anak-anak yang tidak memahami keprihatin ibu bapa mereka sehingga selalu bertengkar dengan mereka hanya kerana perkara yang remeh-temeh. Mereka tidak rasa atau peka terhadap ibu bapa mereka telah melalui pelbagai kepahitan dan kesusahan sewaktu membesarkannya. 
Kasih sayang ibu bapa adalah tidak dapat dicari ganti kerana mereka sanggup korban apa saja demi kepentingan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa sentiasa bersabar, memaafkan anak-anak dan terus menyayangi mereka walau  apa saja kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Oleh itu, anak-anak harus mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Bapa dengan memberi perhatian yang prihatin kepada bapa dan juga mengambil masa untuk bersama-sama bapa pada hari yang mulia ini.  

No comments:

Post a Comment