Tuesday 10 June 2014

KESELAMATAN JALAN RAYA


Statistik kemalangan yang menyebabkan kematian di Malaysia semakin membimbangkan, kerana setiap tahun, kemalangan yang membabitkan kematian kini melebihi 6000 kematian .

Kajian yang baru diumumkan mendapati penumpang tempat duduk belakang yang memakai tali pinggang keledar hanya mempunyai 7.7%,  data ini menunjukkan tahap kesedaran penguna jalan raya adalah amat rendah lalu menyebab kemalangan yang melibatkan kematian semakin meningkat.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menunjukkan sewaktu program ini dilancarkan pada awal tahun 2009, pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang telah meningkat kepada 47 % . Tetapi pada akhir tahun 2009, penggunaan tali pinggang keledar telah jatuh kepada 13%.

Pada tahun yang berikutnya, penggunaan tali  pinggang keledar juga menunjukkan kejatuhan, di mana ia berada pada tahap rendah iaitu 9.7 % pada  tahun 2010, 9.2 peratus (2011), 13.5 peratus (2012), 12.5 peratus pada tahun 2013. Dan setakat tahun ini, ia hanya 7.7% sahaja.

Keputusan kajian ini menunjukkan selain dari tahap kesedaran orang ramai yang rendah, tahap efisiensi pihak berkuasa yang rendah juga merupakan puncanya.
Mereka mungkin akan mengalami kecederaan serius apabila berlaku kemalangan. Oleh itu, penumpang harus memakai tali pinggang demi ahli keluarga yang tersayang.

Negara kita mempunyai perundangan jalan raya yang ketat, mengikut Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, sesiapa yang melanggar peraturan dan disabit kesalahan, kompaun maksimum sebanyak RM300 boleh dikenakan, dan tindakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali boleh diambil mahkamah.Jika berulang kesalahan, mereka boleh didengan tidak melebihi RM 4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.



No comments:

Post a Comment