Monday 7 October 2013

Audit Report

Laporan Ketua Audit Negara tahun ini tiada sebarang kejutan kerana segala kesilapan dan kelemahan yang sukar diterima oleh rakyat terus berlaku. Oleh itu, saya bercadang kerajaan harus menubuhkan jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang merentasi parti dan melibatkan Jabatan Perdana Menteri, SPRM, Jawatankuasa Kira-kira Negara dan jabatan yang berkenaan, agar mengambil tindakan terhadap pengawai kerajaan yang didapati salah guna kuasa atau terlibat dalam rasuah. Langkah ini merupakan satu keperluan kerana kita perlu satu mekanisme yang mampu mengaudit atau mengesan sebarang penyalahgunaan dana awam, penjawat awam yang terlibat dalam rasuah dan agar kejadian menyalahgunakan dana awam tidak lagi berulang. Pelbagai masalah salah guna kuasa dan rasuah telah dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara dan ia merupakan isu-isu yang melibat kepentingan Negara. Oleh itu kita mesti memastikan mekanisme yang dicadangkan mampu meningkat produktiviti perkhidmatan awam dan memastikan salahguna dana tidak lagi berulang. Saya berpendapat, SPRM perlu menyiasat kes-kes yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah atau salah guna kuasa.Ini adalah kerana mereka yang terlibat dalan kes-kes seperti ini adalah berpelajaran tinggi (kolar putih) dan ramai di antara mereka mempunyai pengetahuan dalam undang-undang. Oleh itu mereka cerdik guna ketirisan atau kelemahan yang sedia ada dan berjaya melepaskan diri daripada sebarang tindakan undang-undang. Mereka yang tidak bertanggungjawab perlu diambil tindakan dalaman atau diturun pangkat. Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan karenah birokrasi dihentikan. Kerajaan boleh berlajar dari usaha dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Singapura atau Hong Kong, ia termasuk membuat pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) agar dapat menangani pegawai yang terlibat dalam rasuah dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment