Wednesday 10 July 2013

Kerajaan harus melaksanakan dan memperkuatkuasakan Ordinan Darurat

Kerajaan harus melaksanakan dan memperkuatkuasakan Ordinan Darurat Sejak beberapa tahun ini,masalah jenayah rompakan di Malaysia semakin membimbangkan orang ramai. Kini mereka yang menjadi mangsa bukan saja rakyat biasa, tetapi rumah kakak timbalan Perdana Menteri, menteri, wakil rakyat, pengawai polis juga kena dirompak! Sebelum ini, kerajaan telah memansuh Ordinan Darurat (Ketenteraman.Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 yang sering digunakan untuk mengawal kumpulan jenayah terancang. Akta ini nyata berjaya mencegah masalah jenayah yang berlaku di negara kita. Tetapi setelah Ordinan Darurat dimansuhkan, ramai penjenayah yang ditahan dalam akta ini telah dilepaskan, dan penjenayah ini telah kembali ke jalanan dan tidak berhenti melakukan jenayah. Jenayah yang melibatkan mereka yang dilepaskan selepas akta ini dimansuhkan akta ini adalah tidak terhenti, dan ia telah mengancam keselamatan orang ramai. Pemansuhan akta ini telah membuat penjenayah semakin berani dan melakukan jenayah secara terancang. Malahan mereka ini tiada sifat perikemanusian dan sanggup bertindak ganas. Dari pengiraan kasar , setelah pemansuhan Ordinan Darurat, lebih 3 ribu penjenayah telah dilepaskan. Pada pandangan saya, kerajaan harus melaksanakan semula Ordinan Darurat dan meningkatkan penguatkuasaan Ordinan Darurat, agar masalah jenayah di Negara kita dapat dikurangkan dan memastikan keselamatan rakyat jelata terjamin. Walau bagaimanapun, kerajaan perlu memastikan akta ini tidak disalahguna oleh pihak polis. Oleh itu, saya bercadang, kerajaan boleh menubuhkan Jawatankuasa Penel Penilaian Bebas yang terdiri dari 5 orang ahli. Ini adalah untuk memasti suspek yang ditahan selama 60 hari mengikut prosedur penilaian dan pengesahan yang ditetap supaya tidak menahan mereka yang tidak bersalah. 5 Anggota Jawatankuasa Penel Penilaian Bebas boleh terdiri dari wakil Jabatan Peguam Negara, polis, majlis peguam Negara dan wakil rakyat dari BN dan PR. Kini sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula melaksana semula Ordinan Darurat. Dengan memperkuatkuasakan undang-undang ini, agar jenayah dapat dibanteras dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment