Monday 23 September 2013

KES PENDERAAN KANAK-KANAK

Masyarakat perlu memandang serius terhadap kes-kes penderaan termasuk penderaan seksual kanak-kanak yang semakin meningkat. Ini amat membimbangkan orang ramai. Kita harus membuat kajian secara mendalam, apakah sebab yang menyebab penderaan kanak-kanak semakin meningkat? Menurut kes-kes yang dilaporkan, adalah mendapati banyak kes melibatkan ibubapa atau penjaga. Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengambil inisiatif untuk mengenal pasti factor-faktor dan puncanya serta harus mencari penyelesaian masalah ini dengan segera. Ini adalah satu masalah sosial yang serius . Namun demikian, kemungkinan masalah penderaan kanak-kanak yang disebabkan oleh tekanan kerja, masalah ekonomi dan perkahwinan. Keadaan menjadi lebih rumit jika penderaan kanak-kanank dilakukan oleh ibubapa kandung mangsa. Ada pakar berkata, ketidakmampuan ibubapa mengimbangi kerja yang semakin tertekan telah menyebab mereka melepaskan ketidakpuasan terhadap anak-anak mereka. Bagaimanakah kerajaan dan masyarakat menghadapinya dan menyelesaikan masalah ini? NGO dan kerajaan perlu bekerjasama secara aktif dan memperkenalkan pembangunan kesihatan mental yang komprehensif dengan berasaskan komuniti. Cara ini mampu membantu menyelesaikan masalah yang berkait dengan isu-isu kesihatan mental. Di samping itu, majikan boleh menyediakan bimbingan kaunseling kepada pekerja mereka di tempat kerja. Dengan bantuan psikologi, ia membolehkan pekerja melepaskan tekanan mereka dengan cara yang betul dan tidak melepaskan tekanan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Kesedaran pelbagai lapisan masyarakat berhubung penderaan kanak-kanak perlu dipertingkatkan. Masyarakat harus memainkan peranan untuk memberhentikan penderaan kanak-kanak berlaku di kalangan masyarakat setempat. Jika berlaku kes penderaan mereka harus menghubungi pihak yang berkenaan. Mengikuti statistik kes dera kanak-kanak dan terbiar yang dilaporkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun yang lalu, terdapat 300 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan, tetapi pada tahun ini, dalam 3 bulan yang pertama sahaja, kes yang dilaporkan telah mencapai 1000 kes. Jumlah kes yang dilaporkan adalah amat membimbangkan. Ini bukan masalah yang hanya perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, tetapi semua masyarakat juga perlu turut ambil perhatian dan membantu kerajaan menyelesaikan masalah ini yang semakin serius.

No comments:

Post a Comment