Saturday 14 September 2013

Hari kebangsaan

Tema Hari kebangsaan tahun ini adalah “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” . Tema ini mengingatkan kita sebagai rakyat Malaysia, kita harus melihat setiap inci tanah air Negara kita sebagai kepunyaan diri sendiri, dan melindunginya dengan berhati-hati agar kecantikan, kedamaian dan ketenteraman tanah air tidak dimusnahkan. Kebelakang ini, ada segelintir pihak cuba guna isu pendidikan, agama dan kaum, dan tidak berhenti-henti melakukan tindakan berunsur provokatif yang memberi kesan negatif terhadap keharmonian dan perpaduan antara kaum yang sedia ada. Oleh itu, rakyat harus menguatkan semangat dan mengenal pasti hala tuju, agar kebahagian generasi akan datang tidak dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia sentiasa komited mengamalkan sifat kesederhanaan untuk hidup dalam keadaan yang harmoni. Walaupun perselisihan kaum kadang-kala tidak dapat dielakkan, tetapi rakyat Malaysia yang berbilang kaum peka terhadap sensitiviti kaum dan hormat dan menghormati perbezaan pendapat antara satu sama lain. Ia bukan saja mengelak berlakunya asimilasi dan membantu mengekalkan kepelbagaian dan memupuk keharmonian dan perpaduan. Sebagai ibubapa atau guru,mereka harus menyemaikan semangat patriotic di kalangan anak-anak atau murid sejak dari kecil dan menjadikannya sebagai amalan. Contohnya kerap mengadakan upacara menaik jalur gemilang dan menyanyi lagu kebangsaan. Dengan cara sedemikian, ia mampu membantu menyemai semangat patriotism dan kepertanggungjawabkan di kalangan bakal pemimpin kita . Semangat cinta negara boleh dicurah dalam pelbagai bentuk seperti mempertahankan Negara, tidak merosakan harta benda awam, tidak membuang sampah merata tempat, membantu banteras jenayah atau membuat kritikan yang membina. Sejak Negara capai merdeka, Negara kita hadapi pelbagai cabaran, dan ia dicapai atas kebijaksanaan dan usaha keras pemimpin terdahulu yang terdiri dari pelbagai kaum. Usaha mereka membolehkan kita hidup dalam keharmonian dan wujudnya perpaduan antara kaum.

No comments:

Post a Comment