Saturday 14 September 2013

Isu pekerja Bangladesh

Berhubung Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan akan membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat ke Malaysia menjelang awal tahun depan (setiap minggu 2000 orang, setiap bulan membawa masuk 8000 orang pekerja asing dan langkah kerajaan memperkenalkan Kad pengenalan khas yang berlainan warna untuk pekerja asing yang bekerja di industri yang berlainan, dijangka dapat meringankan masalah kekurangan pekerja dalam masa singkat, tetapi pengambilan pekerja asing bukan penyelesaian jangka panjang. Kerajaan seharusnya menubuh sebuah majlis untuk menggubal dan melaksanakan gaji minimum terhadap industry yang berpotensi, agar ia mampu mengurangkan pergantungan industry terhadap pekerja asing untuk menggelakkan penukaran wang asing dialir keluar. Jika kerajaan ingin menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dan bagaimana mengurangkan pekerja asing, maka sebuah majlis perlu ditubuh untuk mengkaji masalah ini dan gaji minimum untuk industry yang berlainan perlu ditetapkan, agar ia mampu menarik lebih banyak rakyat Malaysia bekerja di industry yang kekurangan pekerja. Gaji pekerja di Malaysia berada di tahap yang rendah, masalah ini membuat ramai rakyat Malaysia memilih berkerja di Singapura. Atas sebab ini, mengkaji semula gaji pekerja bukan saja mampu menyelesaikan masalah kekurangan pekerja, malah ia akan menggalakkan lebih ramai rakyat memilih bekerja di negara sendiri. Dalam isu menangani kemasukkan lebih banyak pekerja asing, kerajaan perlu lebih berhati-hati, dan membuat kajian lebih mendalam dan menyeluruh sebelum membawa masuk 1.4 juta pekerja asing dari Bangladesh, kerana rancangan ini adalah jelas bercanggah dengan matlamat kerajaan ingin mencapai wawasan negara berpendapatan tinggi. Selain itu, kita kini sedang giat berusaha untuk memastikan pihak swasta mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing. Saya berpendapat, keputusan kerajaan membawa masuk pekerja asing Bangladesh bukan saja tidak mampu menyelesaikan masalah Negara terlalu bergantung kepada pekerja asing, malah ia juga menjadikan Negara kita bagai “ATM” kepada Negara yang mengeksport rakyat mereka utuk bekerja di Negara kita. Keadaan ini juga menyebab penukaran wang asing mengalir keluar secara perlahan-lahan yang akan menjejaskan ekonomi negara. Sebelum kerajaan melaksanakan dasar ini, kerajaan seharusnya halusi impaknya secara menyeluruh, dan adakah program ini sejajar dengan dasar jangka panjang negara. Ini adalah untuk memastikan dasar-dasar kerajaan dapat diserasikan, agar ia tidak menjejas pelan induk yang telah diputuskan. Pekerja asing yang sah dan pekerja asing tanpa izin di negara kita, hampir menjangkau 3 juta. Jika kerajaan masih ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja asing, maka pekerja asing di negara akan mencapai 4.4 juta. Jumlah rakyat Malaysia adalah lebih kurang 28 juta, tetapi , tetapi pekerja asing adalah 4.4 juta atau16% daripada jumlah penduduk Malaysia. Kebanjiran pekerja asing ini adalah amat tidak munasabah dan tidak sihat kepada social ekonomi negara. Polisi kerajaan ini harus dikaji semula demi kepentingan negara dan ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment