Friday 5 September 2014

Kerja Pembersihan Longkang di Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak

Alam Flora dan DBKL Menjalankan Kerja Pembersihan Longkang di Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Pengeusi MCA Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Chew Yin Keen mengumum,  Alam Flora dan DBKL telah menjalankan kerja pembersihan longkang di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak sejak awal bulan ini.

Beliau berkata,  Alam Flora dan DBKL telah menggunakan pam air untuk menjalankan pembersihan longkang agar longkang tidak lagi tersumbat dan mengelakan pembiakan nyamuk dan tikus. Usaha ini dijalankan untuk memastikan pembersihan kawasan taman dijaga dengan baik.

“ kerja pembersihan akan dilaksanakan secara berperingkat, dan kerja pembersihan yang telah dijalankan adalan Taman Dahlia,  Taman Bukit Anggerik. Selepas ini, mereka akan membuat pembersihan longkang di Taman Ikan Emas, Sri Johor, Taman Len Seng,  Taman Bukit Cheras, Taman Tenaga,  Taman Orkid Desa, Taman Connaught dan lain-lain.” Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan.

“mereka akan membersihkan longkang yang berhampiran dengan kedai dan pasar pagi. Jika sesiapa mendapati ada longkang yang perlu diselenggarakan, mereka boleh menghubungi kami. Kami menjangka kerja pembersihan ini akan diselesaikan dalam 2 bulan.”

Beliau berkata, usaha ini dijalankan setelah pusat khidmat MCA Bandar Tun Razak  menerima aduan orang ramai lalu mengadakan pembincangan  dan kerjasama dengan Alam Flora dan DBKL.

“Bandar Tun Razak mempunyai 250 ribu penduduk, oleh itu  usaha pembersihan ini akan memberi kesan yang amat positif dan luas di kalangan penduduk Bandar Tun Razak.”



setiausaha eksekutif  Pusat Perkhidmatan  MCA BTR  memantau  kerja-kerja  pembersihan longkang di Taman Dahlia. 

No comments:

Post a Comment