Tuesday 30 September 2014

Kawasan lapang dijadikan Tempat Pembuangan Sampah Haram

Kawasan lapang dijadikan Tempat Pembuangan Sampah Haram.

Kebanyakan Program Gotong Royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk atau NGOs  adalah kerjasama dengan DBKL, Alam Flora,  Perbadanan Pepejal dan Sisa dan lain lain agensi. Dengan adanya bantuan agensi - agensi kerajaan, banyak  Program Gotong Royong ini telah jaya dilaksanakan dengan sempurna dan licin.

Matlamatnya adalah untuk membersihkan kawasan sebagai satu langkah mencegah wabak denggi dan juga memupuk  semangat perpaduan rakyat setempat serta memberitahu penduduk bahawa kebersihan adalah tanggungjawab  bersama penduduk dan pihak berkuasa tempatan.

Selaras dengan Visi DBKL untuk menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai satu Bandaraya Bertaraf Antarabangsa ( World Class City ). Antara kriterianya adalah bandaraya mesti bersih dan indah.

Malangnya, terdapat kawasan lapang atau "pocket land" , terutamanya di pinggiran taman perumahan, telah dijadikan tempat pembuangan sampah haram oleh segelintir penduduk - penduduk setempat yang tidak bertanggungjawab dan tanpa prihatin terhadap alam sekitar. Walaupun DBKL atau pihak berkuasa tempatan telah meletakkan Papan Kenyataan  Jangan Buang Sampah dan jika berbuat demikian boleh kena denda tetapi mereka langsung tidak mempedulikannya dan teruskan aktiviti pembuangan sampah di situ. Kempen kebersihan juga diadakan di peringkat negeri, nasional atau sekolah. Tetapi perbuatan ini masih berlaku.

DBKL dan Alam Flora sentiasa harus membersihkan sampah sampah di kawasan lapang ini demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk setempat. Setiap kali pembersihan sampah itu  memakan perbelanjaan beribu - ribu ringgit.

Kawasan lapang atau "pocket land" dijadikan tempat pembuangan sampah haram telah memberi kesan buruk kepada keindahan, kebersihan, kesihatan dan kesejahteraan penduduk setempat. Ini juga menjadi tempat pembiakan nyamuk. Yang pentingnya,  ia akan menjejaskan DBKL mencapai visi untuk menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai satu Bandaraya Bertaraf Antarabangsa.

Oleh itu, saya bercadang dan mengesyorkan bahawa kawasan lapang atau " pocket land " dijadikan tempat rekreasi dan sosial bagi warga emas supaya mereka ada tempat untuk berkumpul dan menjalankan aktiviti mereka. Dengan ini, kawasan lapang dapat digunakan untuk tujuan yang lebih bermakna.

Di Kuala Lumpur,  jumlah warga emas telah mencapai 7% daripada jumlah keseluruhan penduduk Kuala Lumpur dan menjelang tahun 2030 angka ini akan naik ke 10%. Oleh itu, kami harus menyediakan lebih banyak kemudahan- kemudahan  untuk kegunaan warga emas.

Tambahan, kami harus mengena budi kepada warga emas kerana kemakmuran dan kemajuan negara yang kita nikmati sekarang adalah daya usaha mereka. Oleh itu, sudah sampai masa untuk kami membuat sesuatu untuk mereka. Hargai usaha - usaha warga emas.






No comments:

Post a Comment