Friday 10 April 2015

Berhati-hati dengan kes Denggi


Menurut statistik yang diumumkan oleh  Kementerian Kesihatan, terdapat 30,890 laporan kes denggi sehingga 21 Mac 2015. Ini adalah satu peningkatan 40.6% jika berbanding dengan tempoh masa tahun lepas, iaitu sebanyak 21,967 kes denggi.

Kes kematian akibat deman denggi juga meningkat dari 54 kepada 98 kes pada tempoh yang sama iaitu peningkatan sebanyak 81.5%.

Angka ini amat membimbangkan dan harap kerajaan dapat mengawal wabak ini supaya rakyat tidak hidup dalam ketakutan. Walau bagaimanapun, rakyat sendiri juga harus memberi perhatian kepada kebersihan sekitar rumah dan sentiasa mengambil langkah melindungi keluarga daripada nyamuk aedes.

Sehingga kini, terdapat 222 kawasan di seluruh negara telah dikenalpasti sebagai kawasan wabak denggi.  Di antaranya, Selangor dan Perak masing-masing terdapat 180 dan 32 hotspot yang merupakan negeri-negeri yang paling teruk dilanda wabak denggi.

Kerajaan mempunyai tanggungjawap dalam pengawalan wabak denggi, tetapi rakyat juga perlu memainkan peranan dalam mencegah demam denggi, umpamanya membersihkan rumah dan sekitarnya. Memerangi penyakit denggi adalah tanggungjawab bersama dan semua harus bertindak dengan serentaknya.

Menurut pegawai pemeriksaan dari Jabatan Kesihatan, ramai penduduk termasuk mahasiswa di mana tempat kediaman mereka masih tidak memuaskan dari segi kebersihan.

Langkah paling asas ialah mengutip dan mengosongkan botol atau kontena atau bekas-bekas yang menakung dan sentiasa menjaga kebersihan sekitar rumah.

Kerajaan juga perlu menjalankan pengasapan di kawasan-kawasan perumahan dengan lebih kerap bagi mencegah wabak deman denggi. Di samping itu, pihak berkuasa tempatan juga harus kerap membersihkan kawasan lapang atau tempat membuang sampah-sarap, terutamanya musim hujan. Gotong-royong setempat juga harus dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan.

No comments:

Post a Comment