Monday 22 October 2012

UCAPAN MAJLIS PELANCARAN PANDUAN MENCEGAH JENAYAH


UCAPAN BY CHEW YIN KEEN
PENGERUSI YAYASAN PENDIDIKAN KAWASAN BANDAR TUN RAZAK
DALAM MAJLIS PELANCARAN PANDUAN MENCEGAH JENAYAH
PADA 21 OKTOBER 2012 PUKUL 9.00PAGI
DI DEWAN SERBAGUNA ALAM DAMAI 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR
________________________________________________________________

Selamat Pagi,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu saya bagi pihak Yayasan Pendidikan Kawasan BaNdar Tun Razak ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada PDRM Kuala Lumpur terutama Ketua Polis Kuala Lumpur, YBhg. DCP Dato’Mohmad Salleh and Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh kerana sudi bekerjasama dengan Yayasan untuk menjayakan Projek Komuniti, Buku Panduan Mencegah Jenayah ini.
Seterusnya, Yayasan juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada :-
  1. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia; dan
  2. Jabatan Penerangan W.P Kuala Lumpur

kerana turut bersama-sama dengan kami menjayakan Projek Komuniti ini – Buku Panduan Mencegah Jenayah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Sdr/I, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk, Pengerusi-Pengerusi Kawasann Rukun Tetagga, AJK Parti Komponen BN ke Majlis Pelancaran Panduan Mencegah Jenayah.

Saudara/Saudari/Tuan-Tuan/Puan-Puan,
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa tetapi masyarakat majmuk Malaysia hidup bersama-sama dengan penuh persefahaman, keharmonian dan perpaduan yang berdasarkan kepada amalan prinsip hormat menghormati dan semangat kepercayaan di kalangan masyarakat Malaysia. Ini adalah 1 Malaysia yang dipromosikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Buku Panduan Mencegah Jenayah ini dicetak dengan menggunakan 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Keupayaan masyarakat Malaysia yang boleh menguasai berbilang bahasa adalah aset negara yang paling bernilai dan ini amat dikagumi oleh negara-negara asing. Kita harus berbangga serta memeliharakan keunikan kepelbagaian ini dengan sebaik-baiknya demi kepentingan semula.
Buku Panduan Mencegah Jenayah dicetak dalam 4 bahasa adalah kali pertama dibuat di negara ini. Syabas kepada semua yang terlibat.
Yayasan telah mencetak sebanyak 20,000 buah buku Panduan Mencegah Jenayah dan akan diedarkan secara percuma di seluruh kawasan Parliman Bandar Tun Razak seperti di Pasar Pagi, Pasar Malam, sekolah, Balai Persatuan Penduduk, Balai Rukun Tetangga dan tempat-tempat lain.
Kos percetakan buku Panduan Mencegah Jenayah adalah ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan yang menelan perbelanjaan sebanyak RM20,000.00 dan jumlah keseluruhan Projek Komuniti Mencegah Jenayah ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM25,000.00

Saudara/Saudari/Tuan-Tuan/Puan-Puan,
Mencegah Jenayah adalah terdiri daripada 4 bahagian. Setiap bahagian adalah penting dan saling bergantung di antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Malahan, semua bahagian harus bertindak dengan serentaknya.

  1. Pasukan Polis
Bahagian yang terutama ialah pasukan polis sendiri. Pasukan Polis harus komitted terhadap kerjayanya dan berdisiplin. Anggota Polis harus berpegang kepada cogan kata, “Tegas, Adil dan Berhemah”. Kepentingan dan peranan pasukan polis dalam menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat serta memerangi jenayah juga terimbos di dalam Belanjawan 2013 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Dalam Belanjawan 2013, kerajaan telah mengumumkan langkah-langkah berikut untuk memperkukuh lagi PDRM, adalah seperti berikut :
  1. Menambahkan bilangan perjawatan baru PDRM;
  2. Mengadakan Skim Perlindungan Insuran Berkelompok
  3. Menambahkan bilangan anggota polis sukarelawan seramai 10,000 anggota;

  1. Peralatan dan Teknologi
Bahagian kedua adalah peralatan dan teknologi PDRM. PDRM harus sentiasa menaik taraf peralatan dan teknologinya dalam membanteraskan jenayah. Ini adalah kerana penjenayah selalu menggunakan alat-alat dan teknologi yang canggih untuk menjalankan aktivit-aktiviti jenayah. Oleh itu, PDRM tidak ada pilihan tetapi mengambil langkah-langkah untuk menaiktaraf infrastruktur dan menyediakan peralatan moden. Ini juga mendapat perhatian di dalam Belanjawan 2013.

Selanjutnya, kerajaan memberi peruntukan untuk menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal untuk memantau kawasan perumahan dalam usaha mencegah jenayah. Sebanyak 1,000 buah motosikal disediakan untuk Unit Rondaan Bermotosikal.

Kerajaan Persekutuan juga memberi peruntukan untuk memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawasan tertentu dalam usaha memerangi jenayah.

  1. Penglibatan Masyarakat
Bahagian ke-3 adalah penglibatan Rakyat sendiri. Saya percaya dan berpegang teguh bahawa penglibatan masyarakat akan menyumbangkan kepada kejayaan memerangi jenayah. Penglibatan masyarakat adalah faktor penting bagi memastikan jenayah dapat dicegah dengan jayanya.
Tindakan pencegahan jenayah adalah tanggungjawab bersama di antara pihak polis dan masyarakat. Ia bukan sahaja tanggungjawab pihak polis. Oleh itu, kami harus melibatkan diri dalam usaha memerangi jenayah.
Dalam konteks ini, kerajaan BN melalui Belanjawan 2013 telah menggalakkan penglibatan Rakyat dalam usaha pencegahan jenayah dengan memberi peruntukan berikut :-
  1. Memberi geran RM10,000.00 kepada persatuan penduduk yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang menjalankan Skim Kawalan Kejiranan (“Guarded Community”) iaitu aktiviti rondaan di kawasan setempat;
  2. Memberi peruntukan sebanyak RM39 juta untuk membiayai aktiviti-aktiviti Rukun Tetangga;

  1. Perundangan
Dalam usaha untuk mencegah jenayah dengan berkesan, perundangan pencegahan jenayah adalah amat diperlukan. Ini adalah Bahagian Ke-4 dalam usaha pencegahan jenayah dan merupakan faktor yang paling penting dalam usaha membanteraskan jenayah. Tanpa perundangan yang mencukupi dan berkesan, saya pasti jenayah tidak dapat dibanteraskan.
Oleh itu, pihak polis harus diberikuasa yang mencukupi dan berkesan untuk menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman Rakyat setempat, terutamanya memerangi jenayah tersusun (organised crime) atau sindiket jenayah.

Ketua penjenayah ini selalu menjalankan aktiviti-aktiviti jenayahnya melalui proxi-proxinya iaitu anak-anak buah mereka walaupun pihak berkuasa ada bukit-bukti untuk mendakwa proxy-proxi di Mahkamah, tetapi kebiasaannya tidak ada bukti yang mencukupi untuk mendakwa ketua-ketua sindiket jenayah di Mahkamah. Ketua-ketua sindiket jenayah bebas.
Oleh itu, jenayah tersusun ini masih berterusan kerana ketua-ketuanya masih beroperasi tetapi proxinya bertukar sahaja. Malahan mereka bertindak lebih garang, lebih berani, lebih terbuka dan lebih kejam kerana tiada undang-undang yang berkesan untuk bertindak terhadap ketua sindiket jenayah selepas pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Ordinan Darurat (Emergency Ordinance).

Contoh-contoh jenayah tersusun adalah :-
  1. Sindiket Ah Long ;
  2. Sindiket Pelacuran;
  3. Sindiket Pengedaran Dadah;
  4. Sindiket Ragu;
  5. Sindiket pecah rumah;
  6. Sindiket kad kredit; dan
  7. Sindiket judi cybercafe
Saudara/Saudari/Tuan-Tuan/Puan-Puan,
Kami harus mengambil perhatian bahawa orang biasa menderita dengan senyap di atas tangan sindiket penjenayah tersusun (organised criminal syndicates). Tiada undang-undang yang berkesan dapat melindungi mangsa jenayah ini. Ada pepatah Cina menyatakan “Jarum tidak kena kulit, tidak berasa sakit”.
Saya berharap pejuang hak asasi manusia berfikir dengan lebih mendalam bahawa bagaimana mangsa-mangsa jenayah boleh dilindungi dari segi undang-undang daripada melindungi segelintir penjenayah atas nama hak asasi manusia.

Oleh itu, kami berharap Dewan rakyat mengambil tindakan yang segera untuk mengadakan satu perundangan Pencegahan Jenayah yang komprehensif untuk melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa jenayah dan membolehkan pihak polis mengambil tindakan untuk mengawal keadaan jenayah tersusun berterusan.

Ada pepatah mengatakan, “prevention is better than cure”. Oleh itu, “prevention law” atau undang-undang pencegahan harus diperkenalkan dengan secepat mungkin untuk menjamin keselamatan dan keamanan masyarakat, terutamanya mangsa jenayah.
Walau bagaimananpun, perundangan pencegahan jenayah harus mencari keseimbangan di antara hak asasi invidudu / kebebasan sivil dan keselamatan dan keamanan masyarakat.

Saudara/Saudari/Tuan-Tuan/Puan-Puan,
Saya tidak berhasrat untuk berucap berpanjangan kerana memberi masa yang lebih banyak untuk Saudara/Saudari/Tuan-Tuan/Puan-Puan dalam sesi soal jawab nanti.
Saya mengakhiri dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran pihak polis, MCPF, Jabatan Penerangan WPKL dan Saudara/Saudari/Tuan-Tuan/Puan-Puan.

Sekian, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment