Monday 13 July 2015

Bulan Ramadhan,


  Kuala Lumpur  – Kita berasa amat bangga kerana setiap tahun semasa bulan Ramadhan, semua rakyat tidak kira kaum dan agama bertolak-ansur antara satu sama lain dan sentiasa hidup dalam suasana yang aman dan harmoni, kata ketua MCA bahagian Bandar Tun Razak Datuk Chew Yin Keen.

  “Tingkah laku yang bertolak ansur seperti ini adalah tabiat yang dipupuk sejak kecil lagi. Kita tidak perlu diingatkan , tapi kita tidak akan terlupa.”

  Beliau telah menghadiri pelbagai aktiviti Ramadan seperti pengagihan bantuan Raya, beras, buah kurma dan lain-lain di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak sejak mulainya bulan Ramadhan. 

   “Malaysia mempunyai keunikan di mana semua rakyat menyambut perayaan bersama-sama tidak kira kaum dan agama. Dalam bulan Ramadhan, satu bulan suci, kami harus mengadakan 2 program/aktiviti yang boleh disertai oleh semua kaum, iaitu memberi bantuan kepada orang yang kurang berada dan amalan berbuka puasa beramai-ramai untuk mempereratkan perhubungan atau jalinan antara Rakyat berbilang agama supaya dapat memperkukuhkan lagi perpaduan dan semangat kejiranan serta semangat kepercayaan dikalangan Rakyat, khususnya jiran-jiran atau penduduk-penduduk setempat.”

  Menurut beliau, isu kecil dalam negara sering disebar di internet dan dijadi seakan-akan insiden yang amat teruk. Ini adalah kesan buruk yang dibawa oleh internet.

  Oleh yang demikian, beliau berkata, semasa menggunakan komputer dan internet, rakyat juga harus tahu membezakan antara berita palsu atau berita dan benar supaya tidak dikeliru olehnya dan seterusnya mencetuskan salah faham di antara Rakyat Malaysia.

  Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Rakyat Malaysia yang beragama Islam.


No comments:

Post a Comment