Tuesday 5 August 2014

MH 17

MH17
Dalam 132 hari sahaja, MAS telah berlaku dua tragedi nahas kapaL terbang, MH 370 pertama, diikuti dengan MH 17. Di sini, saya ingin menyatakan rasa simpati dan mengucapkan takziah terhadap ahli keluarga mangsa.
 
  MH17 telah ditembak jatuh di kawasan konflik di Ukraine. Insiden ini memerlukan kerjasama pihak antarabangsa untuk menyelesaikan tragedi ini. Pasukan penyiasat bebas perlu ditubuh untuk menyiasat dan mendedah sebab MH 17 ditembak jatuh dan membawa pembunuh beramai-ramai ini ke muka pengadilan,
 
Kedua-dua tragedi yang berlaku merupakan malapetaka besar  kepada Malaysia dan keluarga mangsa kini juga menghadapi saat yang paling sukar.
 
Saya berpendapat, kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa siasatan khas peringkat kabinet dan berkerjasama dengan pakar-pakar dari luar untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci.
 
Setakat ini, MH 17 dikenal pasti telah ditembak jatuh, maka kerajaan harus memastikan pembunuh dibawa ke muka pengadilan dan dijatuh hukuman yang setimpal.
 
 Tidak kira apa sebab,  siapa atau dengan tidak sengaja menembak pesawat awam atau kesilapan itu adalah tidak dapat diterima atau dimaafkan. Sebagai rakyat Malaysia, kami kehendakkan kebenaran dan harus menuntut keadilan kepada mangsa.
 
Semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau parti perlu memberi sokongan kepada  kerajaan Malaysia agar Ukraine dan Rusia tidak mengganggu siasatan tragedi ini.  
 
 Inilah masa kita bersatu padu dan  mempamerkan semangat “Satu Malaysia”untuk menghadapi tragedy ini.


Sebagai rakyat, kita juga harus bertanggungjawab agar tidak menyebar maklumat yang belum disahkan di laman web. Selain itu, pengguna siber juga tidak harus menyebarkan gambar-gambar mangsa kerana ia akan mengaibkan keluarga arwah serta menjejaskan kerja-kerja siasatan. Apa yang harus kita lakukan ialah berdoa dan menjaga perasan keluarga mereka. 

No comments:

Post a Comment