Thursday 13 February 2014

UCAPAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2014

UCAPAN YBHG DATUK CHEW YIN KEEN PENGERUSI MCA BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK DALAM MAJLIS MALAM ANG POW SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2014 PADA 9 FEBRUARI 2014(AHAD) DI DEWAN SJKC KWONG HON YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan YB DATUK DR LOGA BALA MOHAN Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan YBHG DATO’ SRI LEE WAN BENG Pengerusi Pengelola Majlis Malam Ang Pow YBHG DATUK YEW TEONG LOOK Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan dan Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju YBHG DATO CHAI KIM SEN JP Pengerusi MCA Bahagian Seputeh dan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA YBHG DATUK OOI SAW CHOO Pengerusi MCA Wanita Wilayah Persekutuan SDR TAN KOK ENG Ketua Pemuda MCA Bahagian Bandar Tun Razak dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan YBHG DATUK SIM ENG PENG Pengerusi MCA Bahagian Cheras YBHG DATUK KOO CHIN NAM Pengerusi MCA Bahagian Putrajaya SDR YAP KOK WAH Pengerusi MCA Bahagian Batu SDR GAN JOON ZIN Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bintang YBHG DATUK ONG TECK ENG Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Kepong SDRI TAY KAR SIN Pengerusi MCA Wanita Bahagian Bandar Tun Razak YBHG DATUK RIZALMAN MOKHTAR Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak DATUK CHANDRAKUMANAN ARUMUGAM Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan dan Ketua PPP Bahagian Bandar Tun Razak SDR. RAVI SELVAN A/L NADARAJAN Ketua MIC Bahagian Bandar Tun Razak ENCIK VOON YEOW FEI Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Bahagian Bandar Tun Razak YB SENATOR DATUK CHIEW LIAN KENG YBHG DATUK SERI TAN CHAI HO Mantan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Bekas Timbalan Menteri Pengerusi-pengerusi dan Ketua-ketua NGOs Parlimen Bandar Tun Razak Ahli-ahli MCA, UMNO, MIC, PPP, Gerakan Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Saudara-Saudari dan para massa media, Selamat Malam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya bagi pihak MCA Bahagian Bandar Tun Razak mengalu-alukan kedatangan Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-Puan, Saudara-Saudari dan para hadirin ke Majlis Malam Ang Pow sempena sambutan Tahun Baru Cina. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua para hadirin yang sudi melapangkan masa untuk menghadir Majlis ini yang bermakna dan bersejarah kerana ianya dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Warga Bandar Tun Razak adalah terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan bahasa tetapi mereka hidup penuh persefahaman dan perpaduan yang berdasarkan kepada kepercayaan prinsip hormat-menghormati di antara warga Bandar Tun Razak. Iniadalah Gagasan 1 Malaysia yang dipromosikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, Rakyat Malaysia harus menghapuskan polarasasi kaum dan perpaduan dan keharmonian Rakyat Malaysia harus dijadikan sebahagian daripada budaya Malaysia. Kepelbagaian agama dan budaya yang diamalkan oleh negara ini telah memberi kami kesempatan pada malam ini untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama-sama dengan rakan Melayu dan India. Rakyat Malaysia harus hargai perpaduan, persefahaman dan keharmonian yang sediada. Saudara/Saudari,Tuan-tuan dan Puan-puan, Dalam kepercayaan Tiong Hua, Tahun Baru Cina memberi kami satu perasaan baru, ceria dan segar. Menurut Zodiac Cina, 2014 adalah tahun kuda. Ciri-ciri murni kuda seperti aktif, pantas, bertenaga serta tabah dan berani akan memberi ilham dan inspirasi kepada Rakyat terus mara ke hadapan, walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan pada tahun 2014. Yang pentingnya, tahun kuda akan membolehkan Negara kita terus mencapai kemakmuran dan kemajuan yang lebih bermakna serta Rakyat hidup dengan penuh keharmonian, persefahaman dan perpaduan. Dengan adanya kewujudan ciri-ciri murni kuda dan disokong oleh pemulihan ekonomi global, Rakyat Malaysia pasti mampu mencapai kejayaan ekonomi yang berlipat ganda pada tahun kuda ini. Namun demikian, cabaran yang paling besar dihadapi oleh Rakyat Malaysia adalah kenaikan harga barangan. Tetapi dengan bantuan ciri-ciri murni kuda kami pasti dapat mengatasi cabaran besar ini. Dalam menghadapi cabaran ini, kami harus ada mental yang positif dan berstrategi. Salah satu strategi yang efektif adalah menukar sikap pembelian barangan, kurangkan belian buatan luar negara dan lebih beli barangan buatan Malaysia. Ini akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara dan terus mempertingkatkan pendapatan negara. Apabila pendapatan Negara meningkat, kerajaan boleh merancang dan melaksanakan pelbagai dasar dan program untuk membantu Rakyat, terutamanya Rakyat yang berasal dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Selain daripada itu, kita juga harus mempelajari cara-cara pengurusan kewangan untuk mengatasi cabaran kenaikan harga barangan. Cara-cara pengurusan kewangan ini akan dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian dan perbelanjaan yang tidak sepatutnya dan seterusnya boleh memperkukuhkan kuasa belian, “Enhancing Purchasing Power”. Tahun kuda ini yang pentingnya, kami harus ada mental yang positif dan strategi yang betul, kami pasti dapat mengatasi sebarang cabaran dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment