Wednesday 15 May 2013

Chua Soi Lek meletak jawatan tidak akan memecah-belahkan perpaduan parti

Kuala Lumpur, May - Pengerusi MCA Cawangan Bukit Jalil Resort, Datuk Chew Yin Keen berpendapat bahawa tindakan ahli MCA mengesa presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek meletak jawatan tidak akan  memecah-belahkan perpaduan parti, malah akan membantu menjalini hubungan yang lebih baik dengan masyarakat cina, kerana gesaan tersebut adalah kemahuan masyarakat cina.


Kata Datuk Chew, keputusan PU-13 jelas menunjukkan masyarakat cina bersepakat menolak MCA yang dipimpin oleh Chua Soi Lek. Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek meletak jawatan, ia pasti akan membantu MCA mengeratkan hubungan parti dengan masyarakat cina.


“ Chua perlu letak kesemua jawatan beliau di MCA, termasuk jawatan-jawatan yang mengendali aset harta parti yang bernilai billion ringgit. Tiada sebab atau alasan beliau terus cuba menglengah-lengahkan masa dan hanya berundur sewaktu pemilihan pucuk pimpinan parti diadakan.”


Beliau berkata, setakat ini, hanya kroni-kroni Chua Soi Lek yang mendapat habuan mahu beliau terus jadi presiden MCA.


“ mereka yang tidak mahu Chua Soi Lek letak jawatan dan ingin beliau dikekalkan adalah kerana takut kepentingan mereka terjejas. Ini termasuk Bendahari MCA merangkap Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tan Chai Ho.”


Beliau berkata, Chua Soi Lek telah melantik Tan memegang jawatan penting di syarikat-syarikat yang dimiliki oleh  MCA dan mengendali aset parti. Selain dari gaji dan elaun, sebuah kereta SUV dan pemandu peribadi telah diberikan untuk kegunaan beliau.


Beliau berkata, gaji dan elaun bulanan yang diperolehi oleh Tan Chai Ho telah mencecah RM 30,000, malahan gaji bulanan tersebut adalah lebih tinggi dari gaji seseorang menteri.


Beliau berkata, kekalahan yang dialami oleh MCA pada PU-13 adalah disebabkan sikap Chua yang amat mementingkan kepentingan diri dan kroni-kroni beliau.


Beliau menegaskan, ahli-ahli parti MCA tidak ingin melihat MCA “diswastakan” oleh Chua Soi Lek! Beliau berkata, kepercayaan cina terhadap MCA hanya akan tercapai jika Chua Soi Lek meletak jawatan serta-merta dan mengadakan pemilihan parti dalam masa terdekat.


“Biar muka baru mengemudi MCA dan melancarkan pembaharuan. Hanya dengan cara sebegini, barulah MCA mampu mengembalikan kepercayaan masyarakat cina.”


Beliau mengakui MCA kini menghadapi keadaan yang paling sukar, tetapi beliau percaya selagi MCA mampu menghapuskan  “tumor” dalam parti terlebih dahulu , maka ia akan membawa kebangkitan semula MCA dan mampu membuat persiapan rapi untuk menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.


No comments:

Post a Comment