Projek Pembangunan Semula Taman Ikan Emas
12 Januari 2018
merupakan hari yang amat bermakna bagi penduduk-penduduk Taman Ikan Emas kerana
projek pembangunan semula Taman Ikan Emas yang lama tertunggu bermula kerja-kerja
pembinaan bagi Fasa 1B yang mempunyai 537 unit. Fasa 1C (1,192 unit) dan Fasa
1A (722 unit) akan bermula dalam masa lebih kurang 6 bulan.
Projek Pembangunan Semula
Taman Ikan Emas dijangka mengambil masa 7-8 tahun yang melibatkan 5,689 unit. Fasa
1 dijangka memakan masa selama 3-4 tahun. Penduduk-penduduk Perumahan Awam Sri Pulau
Pinang, Sri Melaka dan Perumahan Awam Kluster,Taman Ikan Emas akan berpindah
ke Fasa 1 selepas ia siap dibina.
Pangsapuri baru adalah bersaiz 850 kaki
persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik tandas disertai dengan 1 lot parking.
Cadangan Pembangunan Semula
Taman Ikan Emas telahpun dirancang lebih daripada 10 tahun dan berharap
pembangunan ini dapat dinikmati oleh penduduk-penduduk Taman Ikan Emas.
Ia juga merupakan satu
Projek Kerajaan BN untuk memperkasakan Rakyat melalui pemilikan rumah yang mana
akan dapat diturunkan kepada generasi kedua dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment