Hari
Bapa
Pada
Bulan May, kita telah menyambut Hari Ibu dan bulan Jun, maka
sampailah kita menyambut Hari Bapa. Di sini, saya ingin berpesan
kepada anak-anak bahawa kasih sayang ibu bapa adalah tidak dapat
dicari ganti. Mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman harus
sentiasa balik kampung untuk melawat ibu bapa mereka pada hujung
minggu merupakan cara yang paling mudah untuk membuktikan mereka
hormat dan taat kepada ibu bapa mereka.
Oleh
kerana struktur sosio-ekonomi telah berubah, ramai anak muda terpaksa
meninggalkan kampung halaman mencari nafkah dan sukar meneman
ibu bapa mereka. Keadaan ini menyebabkan Ibu bapa terasa kesunyian
dan berharap anak dan cucu mereka dapat selalu balik menjenguk.
Sewaktu
anak masih kecil, ibu bapa mereka sentiasa berusaha keras siang dan
malam dan meluangkan masa untuk meneman anak-anak mereka sehingga
menjadi dewasa. Ibu bapa bekerja keras untuk memastikan anak-anak
mereka mempunyai kehidupan yang terbaik. Ini adalah kasih sayang
semulajadi ibu bapa kepada anak-anak mereka.
Menyambut
Hari ibu atau Hari bapa tidak harus dinilai dengan kebendaan, apa
yang lebih penting ialah sentiasa memberi kasih sayang dan ambil
prihatin terhadap ibu bapa. Selain itu, menghormati ibu bapa
juga harus diamalkan sejak muda lagi.
Saya
berpendapat, cara menghormati ibu bapa tidak harus dinilai dengan
kewangan. Apa yang penting ialah melaku mengikut kemampuan diri dan
setiasa mengingati ibu bapa. Jangan asyik bekerja sehingga
mengabaikan dan membiarkan ibu bapa berada dalam kesunyian.
Perpatah
cina berkata, “ pokok ingin tenang tetapi angin tidak berhenti
bertiup, anak ingin menghormati ibu bapa, tetapi mereka sudah tiada
lagi.” Adalah diharap, semua anak-anak mentaati ibu bapa mereka
sementara ibu bapa mereka masih ada dan bukan menyesal kemudian
nanti.
Seperti
kata pepatah, menghormati ibu bapa merupakan kerja-kerja amal yang
paling diutamakan. Kehormatan kepada ibu bapa juga adalah nilai
tradisi cina dan asas moral social. Seseorang yang mempunyai nilai
kehormatan kepada ibu bapa, nilai moralnya juga tidak buruk ke
mana.
Apa
saja masalah yang dihadapi anak-anak, ibu bapa merupakan orang yang
paling prihatin dan tidak akan melepaskan tangan. Tetapi, apa yang
mendukacitakan ialah, ada sesetengah anak-anak yang tidak memahami
keprihatin ibu bapa mereka sehingga selalu bertengkar dengan mereka
hanya kerana perkara yang remeh-temeh. Mereka tidak rasa atau peka
terhadap ibu bapa mereka telah melalui pelbagai kepahitan dan
kesusahan sewaktu membesarkannya.
Kasih
sayang ibu bapa adalah tidak dapat dicari ganti kerana mereka sanggup
korban apa saja demi kepentingan anak-anak mereka. Selain itu, ibu
bapa sentiasa bersabar, memaafkan anak-anak dan terus menyayangi
mereka walau apa saja kesalahan yang dilakukan oleh mereka.
Oleh itu, anak-anak harus mengambil
kesempatan untuk menyambut Hari Bapa dengan memberi perhatian yang
prihatin kepada bapa dan juga mengambil masa untuk bersama-sama bapa
pada hari yang mulia ini.
No comments:
Post a Comment