Thursday, 13 February 2014
UCAPAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2014
UCAPAN YBHG DATUK CHEW YIN KEEN
PENGERUSI MCA BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK
DALAM MAJLIS MALAM ANG POW
SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2014
PADA 9 FEBRUARI 2014(AHAD) DI DEWAN SJKC KWONG HON
YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Menteri
Kementerian Wilayah Persekutuan
YB DATUK DR LOGA BALA MOHAN
Timbalan Menteri
Kementerian Wilayah Persekutuan
YBHG DATO’ SRI LEE WAN BENG
Pengerusi Pengelola Majlis Malam Ang Pow
YBHG DATUK YEW TEONG LOOK
Pengerusi
MCA Wilayah Persekutuan dan Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju
YBHG DATO CHAI KIM SEN JP
Pengerusi
MCA Bahagian Seputeh dan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA
YBHG DATUK OOI SAW CHOO
Pengerusi
MCA Wanita Wilayah Persekutuan
SDR TAN KOK ENG
Ketua Pemuda
MCA Bahagian Bandar Tun Razak dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan
YBHG DATUK SIM ENG PENG
Pengerusi
MCA Bahagian Cheras
YBHG DATUK KOO CHIN NAM
Pengerusi
MCA Bahagian Putrajaya
SDR YAP KOK WAH
Pengerusi
MCA Bahagian Batu
SDR GAN JOON ZIN
Pengerusi
MCA Bahagian Bukit Bintang
YBHG DATUK ONG TECK ENG
Timbalan Pengerusi
MCA Bahagian Kepong
SDRI TAY KAR SIN
Pengerusi
MCA Wanita Bahagian Bandar Tun Razak
YBHG DATUK RIZALMAN MOKHTAR
Ketua
UMNO Bahagian Bandar Tun Razak
DATUK CHANDRAKUMANAN ARUMUGAM
Pengerusi
PPP Wilayah Persekutuan dan Ketua PPP Bahagian Bandar Tun Razak
SDR. RAVI SELVAN A/L NADARAJAN
Ketua
MIC Bahagian Bandar Tun Razak
ENCIK VOON YEOW FEI
Pengerusi
Parti Gerakan Rakyat Bahagian Bandar Tun Razak
YB SENATOR DATUK CHIEW LIAN KENG
YBHG DATUK SERI TAN CHAI HO
Mantan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Bekas Timbalan Menteri
Pengerusi-pengerusi dan Ketua-ketua NGOs Parlimen Bandar Tun Razak
Ahli-ahli MCA, UMNO, MIC, PPP, Gerakan
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Saudara-Saudari dan para massa media,
Selamat Malam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu saya bagi pihak MCA Bahagian Bandar Tun Razak mengalu-alukan kedatangan Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-Puan, Saudara-Saudari dan para hadirin ke Majlis Malam Ang Pow sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua para hadirin yang sudi melapangkan masa untuk menghadir Majlis ini yang bermakna dan bersejarah kerana ianya dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Warga Bandar Tun Razak adalah terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan bahasa tetapi mereka hidup penuh persefahaman dan perpaduan yang berdasarkan kepada kepercayaan prinsip hormat-menghormati di antara warga Bandar Tun Razak. Iniadalah Gagasan 1 Malaysia yang dipromosikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Oleh itu, Rakyat Malaysia harus menghapuskan polarasasi kaum dan perpaduan dan keharmonian Rakyat Malaysia harus dijadikan sebahagian daripada budaya Malaysia.
Kepelbagaian agama dan budaya yang diamalkan oleh negara ini telah memberi kami kesempatan pada malam ini untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama-sama dengan rakan Melayu dan India. Rakyat Malaysia harus hargai perpaduan, persefahaman dan keharmonian yang sediada.
Saudara/Saudari,Tuan-tuan dan Puan-puan,
Dalam kepercayaan Tiong Hua, Tahun Baru Cina memberi kami satu perasaan baru, ceria dan segar.
Menurut Zodiac Cina, 2014 adalah tahun kuda.
Ciri-ciri murni kuda seperti aktif, pantas, bertenaga serta tabah dan berani akan memberi ilham dan inspirasi kepada Rakyat terus mara ke hadapan, walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan pada tahun 2014.
Yang pentingnya, tahun kuda akan membolehkan Negara kita terus mencapai kemakmuran dan kemajuan yang lebih bermakna serta Rakyat hidup dengan penuh keharmonian, persefahaman dan perpaduan.
Dengan adanya kewujudan ciri-ciri murni kuda dan disokong oleh pemulihan ekonomi global, Rakyat Malaysia pasti mampu mencapai kejayaan ekonomi yang berlipat ganda pada tahun kuda ini.
Namun demikian, cabaran yang paling besar dihadapi oleh Rakyat Malaysia adalah kenaikan harga barangan. Tetapi dengan bantuan ciri-ciri murni kuda kami pasti dapat mengatasi cabaran besar ini. Dalam menghadapi cabaran ini, kami harus ada mental yang positif dan berstrategi.
Salah satu strategi yang efektif adalah menukar sikap pembelian barangan, kurangkan belian buatan luar negara dan lebih beli barangan buatan Malaysia.
Ini akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara dan terus mempertingkatkan pendapatan negara.
Apabila pendapatan Negara meningkat, kerajaan boleh merancang dan melaksanakan pelbagai dasar dan program untuk membantu Rakyat, terutamanya Rakyat yang berasal dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
Selain daripada itu, kita juga harus mempelajari cara-cara pengurusan kewangan untuk mengatasi cabaran kenaikan harga barangan.
Cara-cara pengurusan kewangan ini akan dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian dan perbelanjaan yang tidak sepatutnya dan seterusnya boleh memperkukuhkan kuasa belian, “Enhancing Purchasing Power”.
Tahun kuda ini yang pentingnya, kami harus ada mental yang positif dan strategi yang betul, kami pasti dapat mengatasi sebarang cabaran dengan jayanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment