Pakatan Harapan telah
mengumumkan calon pilihan perdana menteri mereka. Walaupun parti-parti komponen
Pakatan Harapan menyuara sokongan sepadu mereka kepada Tun Dr. Mahathir sebagai
calon perdana menteri dan cuba mencipta satu suasana perpaduan dalam Pakatan
Harapan.
Namum 24 jam selepas
itu, Sangeet, anak perempuan bekas pengerusi DAP Kapal Singh, telah menyuarakan
ketidaksetujuan beliau terhadap keputusan itu. Selepas itu, PKR Selangor juga
menyatakan mereka tidak setuju dengan Mahathir. Malah mereka mencadangkan Timbalan
Pengerusi PKR dan menteri besar Selangor Dato Seri Mohamed Azmin Ali sebagai
calon perdana menteri. Segala ini telah menunjukkan aksi perpaduan Pakatan
Harapan hanyalah wayang semata-mata.
Sepertimana yang saya
selalu berkata, pakatan pambangkang hanya satu gabungan yang berdasarkan
kepentingan. Mereka mempunya agenda-agenda yang tersendiri dan bersedia menggadaikan
prinsip politik mereka untuk kuasa.
Belum lagi Pakatan
Harapan mendapat kuasa pemerintahan, mereka telah bergaduh sesama sendiri atas
pencalonan perdana menteri. Sekiranya Pakatan Haparan menang dalam pilihanraya
akan datang, parti-parti komponen Pakatan Haparan mesti dalam kekecohan
perebutan kuasa. Justerunya, negara akan mengalami keadaan politik yang tidak
setabil, ekonomi negara akan terjejas, dan mangsa daripada itu hanyalah rakyat
Malaysia.
Jangan lupa, parti
Pakatan Harapan hanya beri janji-janji manis saja atau kata-kata manis yang
mana mereka tidak dapat tunaikan. Oleh itu, pilihan Rakyat adalah BN parti yang
dahulukan Rakyat.
Follow me at Fb @datukykchew